LABUAN: Seramai 40 peserta telah menghadiri Kursus Undang-Undang Anjuran Sektor Keselamatan UMSKAL dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Dan Pembangunan Bakat UMS pada 24 Oktober 2024.
Kursus dua hari itu dirasmikan oleh Pegawai Turus Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Superintendan Mohd. Nordin Mohd Noor di Bilik Eureka, Bangunan Menara UMSKAL.
Objektif kursus itu ialah peserta mendapat pendedahan undang-undang yang lazim digunakan PDRM, peningkatkan pengetahuan serta pemahaman pegawai dan anggota mengenai undang-undang berkaitan dengan norma dan situasi di lokasi tempat bertugas mengikut agensi masing-masing.
Selain itu, meningkatkan keyakinan kepada pegawai dan anggota dalam menjalankan tugas.
Turut hadir Ketua Pentadbiran, UMS Kampus Antarabangsa Labuan.Zamri Mohammad Tuah, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Polis, Robin @ Ridzuan Ismail, Ketua Unit Polis Bantuan, Koordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Asistan Superintendan Polis, Mohd. Afendi Che Yok, Ketua Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah,
Insp/Pb Mohd. Khairul Hazzizie Harun dan Ketua Sektor Keselamatan, UMS Kampus Antarabangsa Labuan Selaku Penganjur Kursus, Inspektor Polis Bantuan, Rakam Singh A/L Karam Singh.
Kursus undang-undang yang dianjurkan pada kali ini merupakan kursus yang julung-julung kali dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan dengan penglibatan agensi-agensi polis bantuan yang beroperasi di pulau ini.
Agensi polis bantuan yang terlibat Polis Bantuan Asian Supply Base Sdn. Bhd., Polis Bantuan Megah Port Management Sdn. Bhd., dan Polis Bantuan Sea Hibiscus Sdn. Bhd.
Selain itu, Polis Bantuan UMS Kampus Kota Kinabalu, Polis Bantuan UMS Kampus Sandakan dan UMS Labuan sendiri.
Tamat.