LABUAN, 5 Julai 2025 - Program Fiesta Rakan Muda 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di Padang Kawad Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Program yang dijayakan dengan kerjasama UMSKAL, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Sekretariat Rakan Muda UMSKAL dijalankan bermula 4 hingga 6 Julai 2025.

Di antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Kawad Kaki (5 kategori sekolah menengah dan 5 kategori sekolah rendah),

Pertandingan Doodle Arts (Kategori 1 - 13 hingga 17 tahun dan Kategori 2 - 18 hingga 30 tahun),

Pertandingan Innovasi Kitar Semula (Kategori 13 hingga 30 tahun) dan Pertandingan eSport.

Johan bagi Pertandingan Doodle Arts dan Pertandingan Innovasi Kitar Semula akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada hujung bulan September 2025.

Seramai 625 orang peserta telah mendaftar bagi semua kategori yang telah dipertandingkan.

Majlis Perasmian Fiesta Rakan Muda 2025 telah disempurnakan oleh Pengarah UMSKAL, Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.

Beliau diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Hajah Mahanum Fauzi.

Professor Ts. Dr. Shamsul Bahari mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan semua pegawai, kakitangan dan peserta.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program yang bermanfaat itu.

Kepimpinan Melalui Teladan.