LABUAN, 11 JUN 2025 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin menghadiri Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen UMSKAL ke Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) Kali Ke-4 2025 di Bilik Eureka, Bangunan Menara, UMSKAL.
Beliau mahu atlet menunjukkan semangat juang yang tinggi sekaligus memberikan saingan sengit kepada pasukan lain.
Oleh kerana ini pertandingan, pasukan UMSKAL perlu memenangi setiap acara yang disertai.
Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pegawai dan atlet agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
“Jaga nama baik UMSKAL dan keluarga. Ini ruang dan peluang terbaik UMSKAL bergelar juara setiap acara yang disertai,”katanya.
Turut hadir Ketua Sektor Sukan & Rekreasi UMSKAL, Rozeyatie Ibrahim.
SUIPTS akan berlangsung pada 12 – 15 Jun 2025 di Kompleks Sukan UMS, Kota Kinabalu.
Seramai 65 orang atlet UMSKAL akan menyertai 7 acara sukan iaitu Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Catur, E-Sports dan Petanque.
Delegasi UMSKAL terdiri daripada pegawai dan jurulatih iaitu Bola Tampar - Mazlan Ahmad, Bola Jaring - Aina Aiza Rosli, Bola Sepak - Asmawi Awang/ Yusdi Lamat / Md Hazlin Md Zahrin, Badminton - Jais Osman/ Jasri Japar, Catur - Mohd Norizal Jumat, E-Sports - Mohd Nazri Ibrahim dan Petanque - Rozeyatie Ibrahim.
Sebanyak 19 pasukan IPT di Sabah akan menyertai kejohanan berkenaan.
Selamat Berjuang.