KETUA Penolong Jurutera, Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan, Mohd Abdullah Manggul (Tc.) muncul juara Kategori Lelaki 60 Days Fit & Fabulous Healthy Challenge Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2025.
Dengan kejayaan itu, beliau yang mendapat 7.10% membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM200.
Tempat kedua Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Sektor Perkhidmatan Akademik, Che Din Md. Salleh (6.84%).
Tempat ketiga pula dimenangi Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Sektor Digital KAL, Ismet Zulffiqar Mohd. Shaffie (6.52%).
Tempat keempat Reyme Musa (SPP) 5.68% dan kelima Mohd Ridwan Mohammad Don (Sektor Keselamatan) 5.00%.
Manakala bagi Kategori Wanita pula, juara menjadi milik kakitangan KRW, Camelia Racheal Sinidol (9.53%).
Tempat kedua Kasmah Abdullah (SPP) 7.64%, ketiga Dayang Suhanah Ismail (SKEW) 6.14%.
Nor Atiqah Mustafa (SPSM) 5.69% dan Melternet Richard Voo (SKEW) 5.38% masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
Tempat kedua menerima RM150, ketiga RM80, keempat RM50 dan kelima RM20 di samping medal dan cenderamata.
Program itu dianjurkan Sektor Sukan dan Rekreasi (SSR) UMSKAL dengan kerjasama Sektor Klinik Rawatan Warga (KRW).
Siri aktiviti kesihatan dan kecergasan telah dijalankan sepanjang 17 Februari - 17 April 2025.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi, Rozeyatie Ibrahim yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid yang diadakan di Bilik Eureka Bangunan Menara, UMSKAL pada 17 April 2025.
Turut hadir Pegawai Perubatan UMSKAL, Dr. Lily Shuzeen Kimin.
Tahniah kepada staf yang menyertai program itu.