LABUAN, 4 JULAI 2025 – Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Professor Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan kakitangan Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM).
Ketibaan beliau disambut Ketua SPSM, UMSKAL, Mas Adi Alimin.
Beliau menasihatkan pegawai dan kakitangan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak universiti.
Ia termasuk berada di pejabat atau lapangan sekaligus menjalankan tugas yang diamanahkan.
Semua staf perlu mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling, menangani dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
Professor Ts. Dr. Shamsul Bahari juga akan memastikan kebajikan kakitangan diberi perhatian.
Hubungan yang berkesan antara kakitangan perlu dieratkan bagi memudahkan mereka menjalankan tugas yang dilaksanakan.
Sekiranya ada masalah berbangkit, kakitangan dan pegawai perlu mengadakan perbincangan bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani dan diatasi.
Beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua staf SPSM yang menjalankan tugas dengan sepenuh hati termasuk memastikan setiap majlis berjalan lancar.
Terus Bekerja, Bertekad Cemerlang.