LABUAN, 10 JULAI 2025 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Sektor Sukan & Rekreasi (SSR) UMSKAL.
Perjumpaan itu didahului dengan taklimat oleh Ketua Sektor Sukan & Rekreasi UMSKAL, Rozeyatie Ibrahim.
Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari mahu semua pelajar dan kakitangan menjadikan sukan sebagai satu budaya di kampus.
Sukan bukan sahaja untuk menjadikan individu itu sihat tetapi cergas dan cerdas pada setiap masa.
Beliau berharap setiap pelajar dan kakitangan diberi ruang dan peluang menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Sehubungan itu, pihak universiti akan memastikan kemudahan dan fasiliti sukan dinaiktaraf bukan sahaja untuk kegunaan warga kampus tetapi juga komuniti setempat.
Bagaimanapun beliau mengingatkan pelajar dan kakitangan yang bersukan supaya memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan diberi keutamaan.
Pelajar dan kakitangan yang mewakili UMSKAL diharap mempunyai tekad dan azam yang tinggi untuk merangkul kejuaraan bukan hanya berpuas hati di tempat kedua mahupun ketiga.
Sukan juga menjadi medan mengeratkan hubungan dan persefahaman dalam kalangan pelajar dan kakitangan UMSKAL.
Sukan juga menjadi penghubung antara UMSKAL dengan komuniti setempat termasuk menganjurkan pelbagai program sukan mengeratkan persahabatan.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar dan kakitangan yang telah mengharumkan nama UMSKAL dalam bidang sukan di negara ini.
Sukan menyatupadukan komuniti.