LABUAN, 13 JUN 2025 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Sektor Perkhidmatan Akademik (SPA).

Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat SPA itu diketuai Penolong Pegawai Tadbir, Che Din Md. Salleh,

Tiga lagi staf SPA ialah Faizal Johari, Norenna Jufri dan Roslee Ag. Zaini.

Prof Ts. Dr. Shamsul Bahari berharap pegawai dan kakitangan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan UMS.

Beliau mahu keberadaan pegawai dan kakitangan diberi perhatian serius sekaligus menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Beliau turut akan membantu menangani dan menyelesaikan isu dan permasalahan yang dibangkitkan pihak SPA.

Prof Ts. Dr. Shamsul Bahari juga akan memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kakitangan diambil berat pihak pengurusan.

Utamakan kerja berpasukan.