LABUAN, 26 JUN 2025 – Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Professor Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Awal Muharram 1447 Hijrah.
Majlis yang diadakan di Masjid Al-Hikmah UMSKAL bermula pukul 6.25 petang hingga 8.15 malam itu turut dihadiri Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohammad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin.
Pegawai Hal Ehwal Islam yang juga Ketua Sektor Hal Ehwal Islam dan Masjid, Ustaz Alfaiz Darsono mengetuai bacaan doa akhir tahun, bacaan surah Yasin, tahlil dan bacaan doa awal tahun.
Professor Ts. Dr. Shamsul Bahari bersama-sama pelajar dan kakitangan turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
Jom kita imarahkan Masjid Al-Hikmah UMSKAL.
Semoga warga UMSKAL sentiasa dirahmati Allah.