29 April 2024 (ISNIN) – Seramai 300 pelajar Program Kewangan Islam Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan program Executive Talk on Islamic Banking bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.

Program yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 1, UMSKAL itu turut dihadiri Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid.

Hadir sama Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Haji Jamali Mohd Adnan dan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Nik Azlan Nik Man.

Juga hadir Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), FKAL, Dr. Hasanah Husin, Ketua Program Kewangan Islam (UH6342002) Dr Mohamad Abdullah, Ketua-Ketua Penolong Mufti, pensyarah dan kakitangan UMSKAL.

Terima kasih Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan memberi ruang dan peluang kepada pelajar UMSKAL mendalami lagi bidang Kewangan Islam.Mereka bukan sahaja beroleh ilmu di bilik kuliah tetapi juga pengalaman daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Pada program yang bermula pukul 9 pagi itu, pelajar turut mendapat pelbagai maklumat mengenai isu-isu semasa daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

UMSKAL akan terus bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pada masa akan datang.

Sebelum sesi bergambar, kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan.

Manfaatkan Ilmu.