LABUAN – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah (UMS telah mengadakan kunjungan ke Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam (UBDSBE) pada 25 April 2024.

Dekan FKAL, Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata pertemuan ini menandakan bermulannya perbincangan untuk kerjasama berpotensi antara kedua-dua institusi berkenaan.

Katanya, perbincangan yang dilaksanakan adalah untuk meneroka potensi projek penyelidikan bersama, menjadi tuan rumah kepada persidangan akademik bersama dan pertukaran serta pembangunan program akademik.

Beliau berkata UBDSBE dan UMS mengiktiraf kelebihan institusi masing-masing dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan yang boleh membawa kepada peningkatan program akademik yang inovatif dan meningkatkan standard penyelidikan di peringkat antarabangsa.

“Dengan kerjasama ini, diharapkan UBDSBE dan UMS dapat mengekalkan momentum kerjasama jangka panjang,”katanya.

11 orang Pensyarah FKAL UMSKAL termasuk ketiga-tiga Timbalan Dekan menyertai lawatan berkenaan.

Penutup program itu menyaksikan pertukaran cenderamata antara Dekan UBDSBE, Dr Masairol Haji Masri dan Dekan FKAL, UMS Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal.

Tamat.