LABUAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah menandatangani Surat Niat bersama Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Daruusalam di Bandar Seri Begawan pada 25 April 2024.

Dekan FKAL, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata, penandatanganan surat niat itu akan melahirkan pelbagai aktiviti pengantarabangsaan bersama pihak Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) UNISSA terutama dalam penawaran sarjana muda program bersama (joint-degree), termasuklah penyelidikan dan penerbitan bersama, outreach komuniti, pemerkasaan persatuan pelajar bagi kedua-dua buah fakulti.

“FKAL dan FEKIm mengadakan jalinan kerjasama pintar untuk manfaat pelajar dan pensyarah serta fakulti dan universiti masing-masing,”katanya.

Dekan FEKIm, Dr Muhammad Zaki Haji Zaini pula menyatakan bahawa kedua-dua fakulti mempunyai hala tuju yang sama dan ini akan membantu perancangan dan pelaksanaan pembentukkan sarjana muda program bersama (joint-degree).

Program mobiliti pelajar juga boleh dilaksanakan unutk memenuhi keperluan KPI kedua-dua fakulti.

Majlis menandatangani Surat Niat (LOI) ini telah disempurnakan oleh Dekan FKAL-UMS, Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal manakala Dr Muhammad Zaki Haji Zaini mewakili FEKIm-UNISSA.

Penandatanganan itu disaksikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKAL, Dr Ricky Chia Chee Jiun dan Timbalan Dekan FEKIm, Dr Amnisuhailah Abrahan.

Aktiviti pengantarabangsaan itu diharap akan dapat menghasilkan lebih banyak aktiviti bersama dan sebagai salah satu inisiatif pengantarabangsaan UNISSA dalam menjadi pengajian tinggi Islam global.

Tamat.