FAKULTI Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Santai Meet And Greet bersama rakan kolaborasi SULAM di Bilik Mesyuarat Kiansam, Bangunan Menara, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 5 September 2024.

Dekan FKAL, Prof. Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata majlis itu diadakan bagi menghargai sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan program SULAM berkenaan.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjayakan program SULAM 2024.

Beliau berharap program SULAM akan memberi manfaat kepada komuniti khususnya pelajar sekolah dan komuniti setempat.

Program SULAM akan diteruskan pada tahun 2025 dan pihak FKAL mengharapkan kerjasama dan komitmen berterusan daripada agensi terbabit.

“Program SULAM tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kerjasama dan komitmen rakan kolaborasi.

“Tanpa komuniti, jabatan, agensi, sekolah dan badan industri, NGO dan swasta semua projek yang dirancang tidak mungkin memperoleh kejayaan seperti mana yang diharapkan,”kataya.

FKAL akan terus membantu komuniti setempat dan WP Labuan amnya menerusi kepakaran ilmu dan pengalaman pensyarah.

Pada majlis itu, Penyelaras SULAM, Dr. Suzillah Sidek membentangkan laporan SULAM bagi tahun 2024.

Turut diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan daripada Dr Geoffrey kepada agensi berkenaan.

Sambil menikmati minum petang, ruang dan peluang digunakan pihak FKAL beramah mesra dengan wakil agensi yang hadir,

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama Dekan FKAL.

Turut hadir Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Dr. Ricky Chia Chee Jiun, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Dr. Anath Rau Krishnan dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Noor Hassanah Husin,

Hadir sama Pensyarah-pensyarah Kanan FKAL.

Terima Kasih Semua.

Tamat.