LABUAN, 10 JULAI 2025 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Perpustakaan UMSKAL.
Pustakawan Kanan UMSKAL, Dayang Ruhidah Raplee bersama anak buahnya menyantuni Pengarah di ruang bawah dan mengambil gambar kenangan.
Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari yang diiringi Dayang Ruhidah melawat ruang di aras bawah dan atas Perpustakaan.
Beliau berharap Perpustakaan menjadi tempat yang ceria bagi menarik pelajar dan kakitangan menjadikannya sebagai pusat sumber yang pelbagai bahan bacaan dan rujukan.
Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari meminta pengurusan Perpustakaan meningkatkan semangat membaca dalam kalangan pelajar dan kakitangan.
Beliau juga mahu kakitangan sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain bagi memudahkan urusan kerja seharian.
Kakitangan Perpustakaan perlu bekerjasama melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada kakitangan yang memberikan sumbangan yang bermakna kepada UMSKAL.
Membaca buku memberi inspirasi kepada pembaca.