13 OGOS 2024 (SELASA) - Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu: Microsoft Excel Visualisasi & Analisis Data di Makmal Games, Aras 9, UMSKAL.

Seramai 33 orang kakitangan sokongan UMSKAL menghadiri sesi berkenaan yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan FKI. Dr. Jackel Chew Vui Lung.

Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan visualisasi data dan menganalisis data dengan berkesan menggunakan Microsoft Excel.

Sesi ini juga merangkumi pelbagai topik, daripada penciptaan carta asas hingga teknik analisis data lanjutan.

Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat menukar data mentah kepada informasi bermakna dan menghasilkan visualisasi data yang menarik.

Tahniah buat Ketua AJK Pelaksana. Mohd Nazri Suin bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana. Junainah Yunus, Ezy @ Norol Atikah Sabtu dan Nor Atiqah Mustafa.

Terus Menimba Ilmu.

Tamat.