24 MAC 2025 – Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2025 diadakan di Bilik Eureka Bangunan Menara, UMSKAL.
Sumbangan berupa wang tunai dan kurma disampaikan oleh Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.
Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Psikologi UMS merangkap Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, Nur Iman Reedzal dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia UMSKAL, Mas Adi Alimin.
Ketua-ketua Sektor juga hadir memberikan sokongan moral.
Pada majlis itu, seramai 22 kakitangan menerima sumbangan berkenaan.
Penerima dipilih berdasarkan kriteria tertentu melalui Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia UMSKAL dan dana diperoleh daripada Tabung Amanah Penjanaan UMSKAL dan Tabung Masjid Al Hikmah UMSKAL.
Program ini mencerminkan keprihatinan warga kampus dalam menyemarakkan semangat kebersamaan sempena Ramadan.
Semoga sumbangan itu menceriakan kakitangan sempena Ramadan pada tahun ini.