PENGANJURAN program Karnival STI Madani 2024 dan Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) adalah merupakan inisiatif di bawah program Minggu Sains Negara (MSN), program pembudayaan STI Perdana oleh MOSTI khusus buat warga Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelaksanaan Karnival STI Madani 2024 yang dilaksanakan bersekali dengan program Tamu Gadang dengan kerjasama UMSKAL memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan untuk mengetengahkan idea, teknologi dan inovasi mengikut keperluan masyarakat setempat.
Program pada 8 – 9 November 2024 itu menyasarkan penyertaan 6,000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan belia tempatan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Dewan Utama UMSKAL pada 9 November 2024.
Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Dato’ Indera Dr. Haji Suhaili Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Ts. Dr. Haji. Aminuddin Hassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Profesor Dr. Shahril Yusof, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid.
Terima kasih MOSTI, UMS dan Perbadanan Labuan.
Terima kasih kepada semua jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan NGO.
Sekalung penghargaan kepada semua warga UMSKAL.
Tamat.