LABUAN, 26 MEI 2025 – Kolej Kediaman Alpha Beta (KKAB) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Pantai Kolej Kediaman (SUKOL) UMS 2025.
KKAB meraih dua Emas menerusi acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Wanita dan Bola Sepak Pantai 4 On 4 Lelaki.
Kolej berkenaan memenangi satu Perak menerusi acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Lelaki.
Naib juara keseluruhan dimenangi Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dengan 1 Emas 2 Perak 2 Gangsa dan tempat ketiga Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) 1 Emas 2 Perak 2 Gangsa.
Dalam acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Wanita, pingat Perak dimenangi KK Non Resident (KKNR).
Manakala gangsa bersama diraih KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) & KK Kingfisher USIA 1B (KFUIB).
KK Tun Mustapha (KKTM) memenangi Emas acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Lelaki.
Manakala Perak diraih KK Alpha Beta (KKAB).
KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dan KK Tun Fuad (KKTF) memenangi gangsa bersama.
Acara Bola Jaring Pantai 3 On 3 Wanita menjadi milik KK Tun Fuad (KKTF) diikuti KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR).
Gangsa bersama dimenangi KK Lestari Sandakan (KKLS) dan KK Tun Mustapha (KKTM).
KK Kingfisher USIA 1B (KFUIB) menjuarai acara Bola Jaring Pantai 3 On 3 Lelaki manakala perak dimenangi KK Tun Mustapha (KKTM).
Pingat Gangsa pula diraih KK Lestari Sandakan (KKLS).
Juara acara Bola Sepak Pantai 4 On 4 Wanita disandang KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dan kedua KK Tun Mustapha (KKTM).
Sementara KK Kingfisher USIA 1B (KFUIB) menduduki tempat ketiga.
KK Alpha Beta (KKAB) muncul juara acara Bola Sepak Pantai 4 On 4 Lelaki manakala KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) meraih tempat kedua.
Tempat ketiga bersama dimenangi KK Lestari Sandakan (KKLS) dan KK Tun Mustapha (KKTM).
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Raman Noordin menyampaikan hadiah kepada pememang.
Turut hadir Pengarah Pusat Sukan UMS, Ahmadi Nurdin dan Ketua Sektor Sukan & Rekreasi UMSKAL, Rozeyatie Ibrahim.
Karnival Sukan Pantai Kolej Kediaman (SUKOL) UMS 2025 berlangsung di Gelanggang Pantai UMSKAL pada 23 – 25 Mei 2025.
Pusat Sukan UMS selaku penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai, kakitangan, pelajar dan sukarelawan yang menjayakan SUKOL UMS 2025.
Kehadiran pelajar dan pegawai dari Kota Kinabalu dan Sandakan turut membantu merancakkan ekonomi dan industri pelancongan WP Labuan.