PELAJAR Kursus Pengurusan Wakaf daripada program Kewangan Islam Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah berjaya mengadakan program “Respon Pantas: Bantuan Pertolongan Cemas” yang dilaksanakan di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan pada 4 Januari 2025.
Melalui program ini, pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dapat memahami ilmu pertolongan cemas daripada aspek Menyelamat Kecemasan dan Tali Menali.
Program Respon Pantas: Bantuan Pertolongan Cemas ini merupakan hasil kerjasama di antara UMSKAL dan pihak Angkatan Pertahanan Awam serta Kelab Sahabat Al- ‘Irfaan KML di bawah program Sulam.
Program itu melibatkan 50 pelajar KML yang disertai oleh tiga pegawai Angkatan Pertahanan Awam iaitu L/Kpl. (PA) Dzulnizam Ali Hassan, Pbt. (PA) Amirul Safrudin dan Pbt. (PA) Kennedy Advent Chiol serta pihak Kelab Sahabat Al-’Irfaan iaitu Ketua Pengurusan Pelajar Kelab Sahabat Al-’Irfaan, Ustaz Syahmun Yahaya, Ustazah Noor Aliza Sidek dan Nerwani Aslan.
Objektif bagi program Respon Pantas: Bantuan Pertolongan Cemas adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu mengenai pertolongan awal sebelum ketibaan pihak APM dan pihak Bomba serta memupuk rasa tanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.
Selain itu, penyelaras program Respon Pantas: Bantuan Pertolongan Cemas, Dr. Hajah Haneffa Muchlis yang juga penasihat program telah banyak memberikan sokongan dan dorongan dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
Beliau yang merasmikan program itu turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam dan Kelab Sahabat Al-’Irfaan.
Ilmu yang telah disampaikan oleh L/Kpl. (PA) Dzulnizam Ali Hassan dan dibantu oleh Pbt. (PA) Amirul Safrudin dan Pbt. (PA) Kennedy Advent Chiol telah memberi peluang kepada para pelajar untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam aktiviti praktikal dan demonstrasi dalam menyelamatkan mangsa.
Aktiviti itu merangkumi cara-cara mengangkat mangsa, jenis-jenis teknik mengangkat mangsa serta kaedah simpulan dan ikatan yang sesuai dalam penyelamatan.
Selain itu, terdapat aktiviti yang dinamakan “Station Game” yang melibatkan peserta dan ahli jawatankuasa pelaksana dalam mengendalikan aktiviti itu.
Permainan itu berkaitan dengan taklimat dan ilmu pengetahuan yang telah disampaikan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam seperti kuiz, cer teka dan Draw A-Line.
Ahli jawatankuasa pelaksana program ini yang diketuai oleh Maria Sherrina Herman bersama ahli kumpulannya iaitu Nurul Ashiqin Mohd Amin @ Mangenre, Nur’ain Sofea Muhamad Shahrum, Nurul Fadhzlyana Qhairounniesa Darwisal.
Selain itu, Farah Nur’ Adawiyyah Othman, Nurul Aisyah Mangummah, Siti Nur Syafiqah Abdullah, Muhammad Yusri Ahmad Tarmizi, Nor-Rahma Abd Rahkib dan Noor Ashikin Adjad.
Maria Sherrina berkata dengan adanya program yang telah dilaksanakan itu dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat dalam memberikan bantuan pertolongan awal kepada mangsa yang berada dalam keadaan kecemasan.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat iaitu APM dan Kelab Sahabat Al-’Irfaan atas kerjasama bagi menjayakan program ini serta pelajar-pelajar KML kerana sudi menyertai program ini.
“Tidak lupa ucapan terima kasih kepada penyelaras program Respon Pantas: Bantuan Pertolongan Cemas, Dr Hajah Haneffa kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menguruskan program ini.,”katanya.
Semoga segala usaha dan penat lelah kita mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.Tamat.