LABUAN, 13 JUN 2025 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin menghadiri perjumpaan bersama Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) di Bilik Mesyuarat FKI.
Taklimat mengenai fakulti disampaikan oleh Dekan FKI, Profesor Madya Ts Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi.
Turut hadir Timbalan Dekan (Pascasiswazah dan Antarabangsa) FKI, Dr. Nooralisa Mohd Tuah dan Ketua-ketua Program.
Prof Ts. Dr. Shamsul Bahari berharap lebih banyak kejayaan diperolehi pensyarah, pelajar dan kakitangan FKI bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kegiatan luar.
Beliau juga mahu FKI menjalinkan kerjasama dengan agensi luar dan komuniti untuk mengadakan pelbagai program sambil berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran pensyarah dan pelajar.
Pada ketika ini, FKI Labuan memiliki 10 kakitangan pentadbiran dan 22 pensyarah.
Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan FKI di peringkat UMS, Kebangsaan dan Antarabangsa.
ICT – Informatik, Cepat dan Tepat.