22 JULAI 2024 (ISNIN) - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid menerima kunjungan hormat pegawai Kolej Komuniti Beaufort di Bilik Mesyuarat, Tingkat 13, Bangunan Menara UMSKAL.
Pengarah Kolej Komuniti Beaufort, Ts Julkifli Awg Besar mengetuai kunjungan hormat berkenaan.
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah, Azlenah Mohd Sen, Pegawai Pengambilan, Dayang Noorlizah Awang Mahmood, Pegawai Pembelajaran Sepanjang Hayat, Rahaliza Abd Rahim dan Pensyarah Kanan, Nurhayati Hassan.
Ts Julkifli berkata agenda kunjungan itu ialah untuk menjalin hubungan bersama bagi mendapatkan info potensi pengwujudan kolej komuniti baharu di Wilayah Perekutuan Labuan.
Selain itu, mendapatkan input daripada UMSKAL berkenaan halatuju pendidikan tinggi di Labuan.
Berkongsi kepakaran bidang pensyarah daripada kedua-dua pihak dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Kunjungan ini adalah sebagai inisiatif mewujudkan kerjasama KKB dan UMSKAL dalam berkongsi pengetahuan dan peluang pendidikan atau bidang-bidang kemahiran yang berkaitan.
Turut hadir pada pertemuan ialah ialah Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah. Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manuisa (SPSM) UMSKAL,, Mas Adi Alimin, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Dr. Ricky Chia Chee Jiun, Timbalan Dekan (Pasca Siswazah dan Antarabangsa), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Dr Nooralisa Mohd Tuah dan Penyelaras Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Dr Syahrul Nizam Salam.
Sementara itu, Dr. Mohamad Rizal mengalu-alukan kerjasama daripada Kolej Komuniti Beaufort untuk mewujudkan kolej komuniti baharu di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pihak UMSKAL juga bersedia berkongsi pengetahuan dan kepakaran pensyarah bagi memastikan pendidikan tinggi berkembang maju di wilayah ini.
“Kami mengalu-alukan kerjasama pintar dengan Kolej Komuniti Beaufort sekaligus memberi ruang dan peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat,”katanya.
Beliau juga mengalu-alukan kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan bagi meningkatkan pendidikan tinggi di pulau bebas cukai ini.
Tamat.