LABUAN, 9 JULAI 2025 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Pesta Tamu Gadang UMSKAL BIL.1/2025 di Bilik Mesyuarat Kiamsam.

Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Hj. Mohammad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin.

Hadir sama Ketua-ketua Sektor dan Penyelaras Aktiviti PTG 25.

Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2025 pada 7 hingga 9 November 2025 diadakan sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-27.

Objektif Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2025 ialah untuk meraikan sambutan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah yang dilaksanakan setiap tahun melalui Pesta Tamu Gadang.

Meningkatkan hubungan baik di antara warga UMSKAL bersama agensi luar dan masyarakat di WP Labuan.

Merancakkan ekonomi dan industri pelancongan Labuan melalui pengisian aktiviti dan pertandingan yang dilaksanakan sepanjang Pesta Tamu Gadang.

Aktiviti Tamu Gadang UMSKAL lebih memfokuskan kepada aktiviti warga UMSKAL bersama masyarakat luar dari pelbagai peringkat umur.

Melalui aktiviti dan acara yang dilaksanakan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim warga kampus bersama masyarakat luar terutamanya masyarakat W.P Labuan.

Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari berharap Pesta Tamu Gadang akan mendapat kerjasama dan komitmen semua warga UMSKAL termasuk pensyarah, pegawai, kakitangan dan pelajar serta alumni.

Beliau mengalu-alukan kerjasama daripada jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan NGO serta komuniti tempatan.

Ayuh Kita Meriahkan Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2025.