Program MCMC Microsoft AI Teach satu inisiatif dirangka khas oleh kerajaan untuk memajukan rakyat Malaysia dalam era teknologi berkembang pesat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib berkata ia bertujuan untuk memperkasa komuniti di seluruh negara dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang AI.

Beliau berkata program berkenaan merupakan inisiatif penting dalam agenda digital negara.

Katanya, ia selari dengan visi Wilayah Persekutuan Labuan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar Labuan 2030.

Secara tidak langsung memberi akses kepada teknologi dan kemahiran digital yang relevan untuk ekonomi masa depan.

Sekaligus meningkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja tempatan di wilayah ini agar lebih bersedia menghadapi cabaran industri masa depan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program itu di Bilik Eureka Bangunan Menara, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 12 April 2025 (Sabtu).

Turut hadir Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Haji Faisal Hamdi Mohammed Ghouth dan Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.

Hadir sama Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Noraini Sabudin, Pengurus Pejabat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) WP Labuan, Kok Kaw Kia @ Erick Kok dan Ketua Pegawai Ekosistem, Biji-biji Initiative Jeyasudan Balasundran.

Teknologi itu juga memberi manfaat kepada komuniti setempat mempelajari teknologi terkini yang diperlukan dalam bidang ekonomi digital.

Seramai 250 orang menyertai program dua hari itu membabitkan empat lokasi iaitu UMSKAL, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Labu dan NADI Kampung Lubok Temiang dan Pusat Teknologi Pendidikan Labuan.

Peserta didedahkan kepada asas-asas AI, pertimbangan etika dalam penggunaan AI, serta kemahiran praktikal seperti penulisan resume dan pembangunan portfolio digital.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong kebolehpasaran tenaga kerja tetapi juga memastikan keterangkuman digital di WP Labuan.

Program MCMC Microsoft AI TEACH iaitu pembangunan kapasiti kecerdasan buatan (AI) kepada warga Labuan dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Microsoft Malaysia serta rakan strategik seperti Perbadanan Labuan, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Syabas Semua.