1 OGOS 2024 (KHAMIS) - Seramai 65 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 SMK Lajau telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Lawatan itu diketuai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Lajau, Cikgu Nadhirah Kursus@Othman bersama dengan empat orang guru pengiring.

Mereka ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling, Nieveroelyia Dungkin. Guru Bahasa Inggeris, Iz’Aannur Syifa Ismail, Guru Reka Bentuk Teknologi, Yuhanis Azubir    dan Guru Matematik, Ku Nur Atia Ku Mat.

Tujuan diadakan lawatan sambil belajar itu adalah untuk memberi dan memupuk pengalaman baharu kepada pelajar.

Selain itu, ianya dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang-peluang pekerjaan yang terdapat dalam bidang yang ditawarkan di UMSKAL.

Ianya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hala tuju kerjaya dan pemilihan kerjaya.

Taklimat pengenalan UMSKAL disampaikan oleh Ketua Unit Pengantarabangsaan & Perhubungan Korporat, Ezawati Pungut.

Taklimat mengenai Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) disampaikan oleh Ketua Program Perbankan Amtarabangsa dan Luar Pesisir, yang juga Pensyarah Kanan FKAL, Dr. Mohd Ashari Bakri.

Manakala Ketua Program (Komputeran dan Perniagaan) Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) yang juga Pensyarah Kanan FKI, Profesor Madya Dr. Goh Say Leng menyampaikan taklimat mengenai fakulti berkenaan.

Pelajar dan guru dibawa melawat ke Makmal Komputer di Aras 7 dan Aras 9, Bangunan Menara UMSKAL serta Perpustakaan.

Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid berharap menerusi lawatan itu akan menaikkan semangat pelajar SMK Lajau dan pelajar sekolah lain untuk melanjutkan pengajian tinggi ke UMSKAL.
UMSKAL sentiasa mengalu-alukan lawatan dan kunjungan daripada sekolah rendah dan menengah sekaligus menjalinkan hubungan baik dengan institusi pendidikan.

Semoga Pelajar SMK Lajau Akan Kembali ke UMSKAL.

Tamat.