LABUAN, 17 MEI 2025 - Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Sesi 2024/2025 telah menganjurkan program “Semarak Ilmu: Melakar Impian Bersama” di Podium 1G dan Makmal E-Commerce, FKI, UMSKAL.

Timbalan Ketua Pegawai Psikologi UMSKAL merangkap Penyelaras Kelab Pembimbing Rakan Siswa, Nur Iman Reedzal, berkata program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai pemilihan kerjaya berdasarkan personaliti.

Selain itu, memperkasakan akses kepada maklumat pendidikan tinggi.

Program itu disertai 45 pelajar dari Kompleks Darul Kifayah dan 50 pelajar Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan,

Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 mengikuti sesi Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh Pembimbing Rakan Siswa KAL dengan menekankan aspek komunikasi berkesan, kerjasama, penyelesaian masalah dan penetapan matlamat secara kolektif.

Pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengikuti slot bertajuk “Pemilihan Kerjaya Mengikut Personaliti” yang disampaikan oleh Nur Iman.

Mereka turut mengikuti sesi pengenalan pengisian UPU Online yang disampaikan oleh kakitangan Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS iaitu Norhahanna Kassim dan Masrina Maujar.

Pengarah Program, Nora Abiyana Gabra berharap agar program ini berjaya meningkatkan kesedaran serta motivasi pelajar dalam merancang masa depan mereka secara lebih terarah dan yakin.

Turut hadir Ustazah Dayang Suzana Arif (Pembantu Tadbir), Ustaz Dzulkarnain Omar (Pembantu Hal Ehwal Islam), Ustazah Laili Abdul Rani (Guru Pengiring MAIWP) dan Cikgu Fakhrul Anuar (Kaunselor MAIWP).

Program itu turut dijayakan kakitangan SHEP, Noreffaizza Jali Norfaizah Wahid, Mohd Nurulizam Tinggal dan Ramlee Mohamed Yusof.

Terima Kasih Kompleks Darul Kifayah dan MAIWP Labuan.

Semoga Anak-Anak Beroleh Kejayaan.