LABUAN, 11 OGOS 2025 – Ketua Pentadbiran Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Sharifah Ismail hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang baharu, menggantikan Zamri Haji Mohammad Tuah yang kini Ketua Pentadbiran FKAL.
Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Pentadbiran UMSKAL itu disaksikan Pengarah UMSKAL, Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin dan Dekan FKAL, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal di Bilik Mesyuarat Kiamsam Bangunan Menara UMSKAL.
Turut hadir Penyelaras PPIBKAL, Dr. Syahrul Nizam Salam dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin.
Hadir sama Timbalan-timbalan Dekan FKAL dan Ketua-ketua Sektor.
Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari berharap Sharifah dan Zamri dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Pelantikan Sharifah sebagai Ketua Pentadbiran UMSKAL yang baharu adalah amanah dan kepercayaan pihak pengurusan.
Berikanlah perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan amanah ini dan jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan yang diberikan.
Tugas kita bukan sekadar pekerjaan, ia adalah amanah yang bakal dipersoalkan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.
Selamat Menjalankan Tugas.