PUSAT Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program "Synergy dan Engagement PPKA" pada 14 hingga 15 April 2025.

Program ini melibatkan kakitangan akademik dan pentadbiran UMSKAL dengan fokus kepada pembangunan profesional, perkongsian pengetahuan, serta pemantapan sistem pendidikan berasaskan hasil (Outcome-Based Education).

Program selama dua hari itu merangkumi Bengkel Outcome-Based Education (OBE), Sesi pembentangan oleh Dr. Denis Andrew D Lajium (Pengarah PPKA) mengenai Learning Outcome Clusters, Domains, Taxonomy, serta Constructive Alignment.

Prof. Madya Dr. Rozaimi Zakaria tentang pembinaan Course Learning Outcomes (CLO).

Dr. Amer Azlan Abd Jamal berkenaan penyediaan maklumat kursus dan silibus.

Lawatan dan Perkongsian JKKP Kolej Kediaman - Lawatan ke Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk melihat amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan.

Taklimat MQF 2024 - Penerangan mengenai sistem pendidikan terkini Malaysia dan kesesuaian kelayakan akademik dengan keperluan industri.

Pemantauan Micro-Credentials (MC) dan Open & Distance Learning (ODL) - Taklimat mengenai pelaksanaan dan dasar MC serta ODL di UMSKAL.

Audit Smart Space UMSKAL - Penilaian penggunaan fasiliti Podium dan Perpustakaan sebagai ruang pembelajaran interaktif.

Sesi Sinergi PPKA - Perbincangan kolaboratif untuk memperkukuh hubungan antara PPKA dan warga UMSKAL.

Program itu dihadiri Pengarah PPKA, Dr. Denis Andrew D Lajium, Timbalan Pengarah (Pembangunan Akademik), Prof. Madya Dr. Rozaimi Zakaria dan Timbalan Pengarah (Kecemerlangan Akademik), Dr. Amer Azlan Abdul Jamal, Penyelaras Program Pendidikan Fleksibel, P.Geol Dr. Hennie Fitria Wulandary Soehady Erfen serta 7 ahli pentadbiran PPKA .

PPKA berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan kecemerlangan berterusan dalam pendidikan tinggi.

Terima kasih staf SPSM.