TEKS UCAPAN

Pengarah UMSKAL
Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid Sempena
Majlis Sambutan Pesona Raya Mutiara
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2025
23 April 2025 (Rabu), 10.00 Pagi
Dewan Utama, UMSKAL.

Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohammad Tuah, dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin selaku Penyelaras Program.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Majlis Sambutan Pesona Raya Mutiara UMSKAL tahun 2025 yang disambut meriah dalam kesederhanaan.

Terima kasih saya ucapkan atas kehadiran dan komitmen seluruh warga UMSKAL khususnya kakitangan dan pelajar dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak urusetia yang berusaha gigih bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Saya juga amat berbesar hati, kerana majlis ini dihadiri oleh rakan-rakan strategik UMSKAL daripada pelbagai jabatan yang sudi meluangkan masa bersama warga UMSKAL dalam suasana penuh harmoni.


Ramadan yang lalu telah mengajar kita untuk banyak bersabar dan istiqamah dalam beribadat, yang mana melaluinya, setidak-tidaknya kita dapat membawa kebaikan ini dalam kehidupan kita pada bulan-bulan yang seterusnya.

Marilah kita bersama-sama terus istiqamah untuk memikul amanah yang telah diberikan dalam setiap perkara yang dilakukan dengan penuh keikhlasan.

Seperti kita sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia setelah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.

Saya yakin dan percaya, sambutan perayaan seperti ini dapat menyatukan kepelbagaian agama dan budaya, mempamerkan keharmonian berbilang latar belakang kaum dan kepercayaan, yang akhirnya mewujudkan kesatuan dan muhibbah dalam kalangan masyarakat.

Majlis Pesona Raya Mutiara UMSKAL pada tahun ini mengambil nama sempena sambutan Hari Raya yang dilaksanakan di kampus induk pada 24 April 2025.

Yang mana ia turut disekalikan dengan sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun UMS pada tahun ini.

Tujuan utama program seperti ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan sesama kita dan secara tidak langsung terus memekarkan jalinan kerjasama organisasi di dalam dan luar kampus.

Selain itu, majlis sebegini boleh dijadikan batu loncatan untuk kita merapatkan kembali hubungan, saling bermaafan dan bersedia membuka lembaran baru bagi mewujudkan permuafakatan yang lebih utuh lagi.

Walau ada perbezaan pendapat, ia haruslah dimanfaatkan dengan menjadikannya sebagai pencetus idea dan ilmu untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dan memberikan kemaslahatan kepada masyarakat dan negara.
 
Semoga kita semua terus bersatu dalam memastikan kampus kita sentiasa dalam suasana yang harmoni, bekerjasama dan gembira.

Majlis hari ini dimeriahkan dengan 14 buah reruai yang dihias cantik dan menyediakan pelbagai menu makanan dan juadah untuk sambutan pada kali ini.
 
Juadah-juadah pada hari ini diusahakan oleh pejabat-pejabat dalam UMSKAL, MPP dan persatuan pelajar serta pihak kontraktor.

Persembahan tarian dan nyanyian pelajar dan kakitangan menyerikan lagi majlis berkenaan.

Warga UMSKAL, teruskan kesatuan dan muhibbah kerana anda adalah kekuatan sebenar Universiti ini.

Salam Aifilfitri, Maaf Zahir dan Batin.