Teks Ucapan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Haji Jamali Mohd Adnan mewakili Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.
Majlis Menandatangani MOU Antara PMWP Dengan UMS
4 FEBRUARI 2025
UMS Kota Kinabalu
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan rahmatNya dapat kita bersama sama hari ini dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PMWP dan UMS.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan UMS untuk turut serta dalam majlis yang penuh bersejarah ini.
Saya menyampaikan salam daripada Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof Madya Dr Luqman Haji Abdullah, yang tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana urusan penting di luar negara.
Sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam membantu dan menasihati Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hukum syarak seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 33,Akta 505 Akta Pentadbiran Undang Undang Islam Wilayah Persekutuan, 1993 kami merasa amat teruja dan berbangga dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan UMS Institusi Pengajian Tinggi Awam tersohor di Malaysia Timur yang ditubuhkan bagi meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama akademiknya bagi melengkapkan kecemerlangan pendidikannya.
Saya juga yakin MOU yang dimeterai selaras demgan moto penubuhan PMWP yang ke-50 tahun bagi Mensyukuri Pencapaian Dan Melakar Kegemilangan.
Kerjasama antara kedua belah telah bermula pada tahun 2002 apabila stesen cerapan anak bulan bagi Wilayah Persekutuan Labuan berpindah dari Sekolah Menengah Sains Labuan ke Tingkat 13, Menara UMS, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
Pemilihan lokasi ini yang juga antara 29 lokasi melihat anak bulan seluruh negara yang diwartakan oleh Penyimpan Mohor Besar, Raja-raja Malaysia adalah kerana lokasi yang strategik dan bersesuaian dengan kriteria yang diperlukan selain berada di ketinggian 78.89 meter dari aras laut serta hadap laut yang tidak mempunyai sebarang gangguan cahaya.
Ia amat sesuai bagi kerja-kerja cerapan matahari dan bulan termasuk bagi cerapan hilal penentuan permulaan Ramadhan, Syawal dan penetapan awal bulan bulan dalam Islam.
Stesen cerapan ini telah membuat pencapaian antaranya rekod kenampakan anak bulan termuda dunia di bawah umur 24 jam dan lokasi anak bulan Syawal mula-mula kelihatan pada 2023 sehingga menimbulkan fenomena Raya Terkejut di seluruh negara.
Maka pada hari yang penuh bersejarah ini kami ingin memuktamadkan kerjasama strategik khususnya dalam bidang penyelidikan falak dan cerapan hilal dan penyelidikan dalam perbankan kewangan Islam yang sudah pasti membawa natijah manfaat bersama kepada kedua belah pihak serta masyarakat amnya.
Atas inisiatif ini juga bagi menyokong status Labuan sebagai hub kewangan Islam program-program keilmuan dan akademik seperti Executive On Islamic Banking Siri 1 telah diadakan pada 29 April 2024 yang akan diteruskan dengan siri berikutnya kepada pelajar UMS tetapi juga kepada pemain industri dalam bidang perbankan dan kewangan, syariah compliant dan seumpamanya.
PMWP telah menubuhkan lebih 55 Kelab Falak di sekolah-sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan bagi memberi kesedaran kepentingan ilmu falak dan astronomi.
Kerjasama dalam pelbagai bidang bersama dengan UMS akan terus diteroka bagi manfaat bersama.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk UMS dan Jabatan Peguam Negara yang telah memberi nasihat teknikal sehingga MOU ini dapat dimaterai.
MoU itu ditandatangani Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi Dan Libatsama Industri, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut@Mohd Nasri, mewakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor dan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Haji Jamali Mohd Adnan mewakili Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.

Turut hadir Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Dr. Muhammad Suhaimi Taat dan Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Mohammad Tuah serta Penolong Mufti Kanan PMWP, Ahmad Noor Syaiful.
Tahniah Buat Semua.
Kredit Gambar PKK UMS.