5 OGOS 2024 (ISNIN) – Selepas 9 tahun, akhirnya Pembantu Tadbir, Mohd Fikri Dollah menamatkan perkhidmatannya di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 31 Julai 2024.
Beliau memulakan kerjayanya di UMSKAL pada 15 Jun 2015.
Mohd Fikri menabur bakti di Sektor Pentadbiran dan Sumber Manuisa (SPSM) 2015 – 2019, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) 2019 - 2021, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) 2021 – 2023 dan mengakhiri tugasnya di Sektor Pentadbiran Kolej Kediaman (SPKK) 2023 – 2024.
Beliau akan berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan jawatan Penguasa Bomba KB41.
Beliau akan mula menjalani latihan di Akademi JBPM Kuala Kubu Baru, Selangor pada 12 Ogos 2024.
Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Sri Menanti, Bangunan Menara UMSKAL yang dihadiri Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.
Turut hadir Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL, Hadzariah Ismail, Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Mohammad Tuah dan Ketua Unit Pengantarabangsaan & Perhubungan Korporat, Ezawati Pungut.
Dr. Mohamad Rizal merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan bakti, jasa dan pengorbanan Mohd Fikri kepada UMSKAL.
Mohd Fikri pula mengucapkan terima kasih diberi ruang dan peluang untuk berkhidmat di UMSKAL sejak 15 Jun 2015.
Beliau memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai, pensyarah dan kakitangan UMSKAL.
Selamat Maju Jaya Buat Mohd Fikri.
Tamat.