Magnin Blog

Publish your news and thoughts with all.

Popular Articles

Recent Stories

6th Annual Stock Trading Competition 2024 anjuran Kelab Kewangan Antarabangsa Labuan Capai Kejayaan Luar Biasa

6th Annual Stock Trading Competition 2024 anjuran Kelab Kewangan Antarabangsa Labuan Capai Kejayaan Luar Biasa

22 JUN 2024 (SABTU): Kelab Kewangan Antarabangsa (HE19), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah menganjurkan 6th Annual Stock Trading Competition 2024 di Makmal Serbaguna, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Sebanyak 26 kumpulan yang mengandungi 3 ahli setiap kumpulan telah menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini bertujuan menyediakan platform untuk semua peserta menguji pengetahuan mereka dan mendapatkan pengalaman sebenar dalam perdagangan saham.

Oleh itu, pertandingan ini juga membantu mereka mempertajamkan kemahiran membuat keputusan dalam situasi segera.

Acara ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal.

Dr. Geoffrey menyatakan keterujaannya terhadap acara ini dan menekankan peranannya dalam membangunkan kemahiran perdagangan pelajar.

Beliau juga berharap agar program ini dapat melibatkan penyertaan daripada sekolah-sekolah, IPTA, IPTS, industri dan komuniti.

Pada akhir pertandingan, kemenangan diraih oleh pasukan "Meow Meow" yang terdiri daripada Iza Izzati Azahar, Meenatharshini A/P Ravi, dan Nurul Ashikin Ismail dengan jumlah pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 19.86%.

Mereka merupakan pelajar dari Program Ekonomi Kewangan Antarabangsa (HE22).

Naib johan pasukan "RTS" dengan ROI sebanyak 15.36% dan mereka adalah pelajar PascaSiswazah daripada gabungan Program Ekonomi Kewangan Antarabangsa (HE22) dan Program Kewangan Antarabangsa (HE19).

Manakala pasukan "UNKNOWN" memenangi tempat ketiga dengan ROI sebanyak 14.19% dan mereka adalah gabungan pelajar dari program Kewangan Antarabangsa (HE19) dan Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20).

Tempat keempat diraih oleh pasukan "LABUAN STAR" dengan ROI sebanyak 11.31% dan mereka merupakan pelajar dari program Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20).

Tempat kelima dimenangi oleh pasukan "YPK" dengan ROI sebanyak 9.04%.

Mereka juga adalah gabungan pelajar dari program Kewangan Antarabangsa (HE19) dan Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20).

Manakala pasukan Powerpuff Girls, Bull Bear, HE22 Roar, LAS Traders, Yeelong Mah, E.R.D, Surviver, NBC, Trade Tribe, Trio telah memenangi hadiah saguhati berupa hamper.

Program ini telah ditaja oleh Jabatan Belia dan Sukan Labuan.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Tracy Tumay Rigar, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Dr. Ricky Chia Chee Jiun, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Dr. Anath Rau Krishnan dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,) Dr. Noor Hassanah Husin.

Hadir sama Ketua Program Pemasaran Antarabangsa (HE21), Dr. Zurina Patrick, Ketua Program Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir (HE20), Dr. Ashari Bakri, Pensyarah Kanan, Dr. Emily Yapp Hon Tshin, Pensyarah Kanan, Zakiah Hassan, Penyelaras Program 6th Annual Stock Trading Competition 2024, Dr. Aminah Shari dan Siti Nur Aqilah Ab Wahab serta Pengarah Program 6th Annual Stock Trading Competition 2024, Nurul Nabila Syahira Yusri.

Tahniah Kepada Semua Yang Terlibat.

Tamat.

Ceramah Pelaburan Sempena 6th Annual Stock Trading Competition 2024

Ceramah Pelaburan Sempena 6th Annual Stock Trading Competition 2024

14 JUN 2024 (Jumaat): Kelab Kewangan Antarabangsa (HE19), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah menganjurkan ceramah pelaburan di Podium D, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) sempena 6th Annual Stock Trading Competition 2024.

Ceramah yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari itu dihadiri 100 pelajar.

Eksekutif Pelaburan Saham untuk Kiosk Pelaburan Ekuiti Maybank EIK Labuan. Abd Rahman Mohamed Kifli telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “A Beginner’s Guide To Stock Trading”.

Beliau merupakan individu yang berpengalaman dalam pasaran saham.

Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan pelajar dari setiap program untuk memahami bidang pelaburan.

Melalui program ini, pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam pelaburan saham.

Selain itu, ceramah ini akan membantu pelajar mempelajari kaedah membuat keputusan dengan menganalisis faktor risiko dan pasaran kewangan semasa.

Abd Rahman telah berkongsi strategi dan teknik berharga sebelum melabur dalam pasaran saham.

Beliau juga memperkenalkan beberapa platform perdagangan saham kepada peserta.

Hasilnya, peserta mendapat banyak manfaat daripada ceramah yang berharga ini.

Ceramah Pelaburan ini berakhir dengan jayanya pada pukul 12 tengah hari.

Ceramah tersebut sangat menarik dan memanfaatkan kepada semua yang hadir dan ianya telah mendapat sambutan yang hangat daripada semua pihak.

Turut hadir Ketua Program Kewangan Antarabangsa yang juga Penyelaras Program, Dr. Aminah Shari dan Dr. Siti Nur Aqilah Ab Wahab.

Hadir sama Pengarah Program, Nurul Nabila Syahira Yusri.

Syabas Buat Semua.

Tamat.

News Investment Talk For 6th Annual Stock Trading Competition 2024

News Investment Talk For 6th Annual Stock Trading Competition 2024

Date: 14 June 2024, Friday

LABUAN- The International Finance Club of Labuan International Finance Faculty (HE19) organised an Investment Talk in conjunction with the 6th Annual Stock Trading Competition. It was held at Podium D in University Malaysia Sabah Labuan International Campus. The investment talk starts at 9.00 am and finish on 12.00 pm. The organiser invited a speaker, Mr Abd. Rahman Bin Mohamed Kifli. He is well experienced in stock market industry and currently attached to Maybank EIK Labuan Equity Investment Kiosk as an Investment Share Executive. The title of the talk was “A Beginner’s Guide To Stock Trading”.

The main objective of the program is to encourage students from every program to participate in the investment talk. Through this program, students are able to obtain knowledge and experience in stock investment. Besides that, the talk will help students to learn methods of decision-making by analyzing risk factors and the current finance market. Furthermore, participants were able to acquire knowledge and experience in investing. Mr Abd Rahman Bin Mohamed Kifli shared valuable strategies and techniques before investing in stock market. He also introduced some stock trading platforms to the participants. As a result, participants gained a lot from this fruitful talk.

The Investment Talk concluded successfully at 12:00 noon. This talk was interesting and beneficial to all attendees and has received a warm response from everyone.

End.

PRSKAL Anjur Program Kesedaran Gangguan Seksual

PRSKAL Anjur Program Kesedaran Gangguan Seksual

14 JUN 2024 (JUMAAT) - Seramai 25 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri program Kesedaran Gangguan Seksual di Bilik Eureka, UMSKAL.

Program itu dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRSKAL) yang diketuai Mohd Hanif Mohd Fadzil selaku Pengarah Program Kesedaran Gangguan Seksual. 

Pada program selama dua jam itu menampilkan dua ahli panel iaitu ASP Siasatan/ Perundangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, ASP Fransisca Duliat dan Pegawai Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Maslia Kaman.

Turut hadir Pembantu Tadbir Kanan, Noreffaizza Jali yang mewakili Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Nur Iman Reedzal yang juga Pegawai Psikologi Kanan, Pembantu Tadbir, Norfaizah Wahid dan Timbalan Pengarah Program Kesedaran Gangguan Seksual, Nurul Qurratul Ain Yuszaimie.

Gangguan Seksual merupakan perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal atas sebab munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Antara kesan gangguan seksual kepada mangsa ialah kurang keyakinan diri, perubahan tingkah laku, kurang berinteraksi, sukar mempercayai orang lain dan sukar bekerja dalam kumpulan.

Selain itu, risiko kesihatan mental, kemurungan dan risiko kesihatan fizikal.

“Tidak dapat fokus dalam pekerjaan, tingkat prestasi menurun, menurunkan motivasi kerja dan berkecenderungan berhenti kerja.

Ahli panel berkata semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membanteras gangguan seksual.

Antaranya sebagai individu jangan takut untuk tampil membuat laporan dan peka dengan rakan-rakan di sekeliling.

Ibu bapa pula perlu memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mengenai pendidikan seksual (sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat).

Komuniti pula perlu mendapat pendidikan dan kesedaran menerusi promosi program berkaitan gangguan seksual.

“Masyarakat wajar bergiat aktif dalam program komuniti dan cakna dengan isu semasa manakala kerajaan menguatkuasa undang-undang,”katanya.

Semoga Bermanfaat.

Tamat.