MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN PELANJUTAN KONTRAK KAKITANGAN PENTADBIRAN

Cetak
PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN PELANJUTAN KONTRAK KAKITANGAN PENTADBIRAN
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa kakitangan pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Lantikan Kontrak Pusat UMS kini boleh membuat permohonan Pelantikan Semula Kontrak Perkhidmatan secara atas talian melalui laman sesawang https://registrar.ums.edu.my/staff/web/kontrak/index.
 
2. Akses permohonan akan dibuka 90 hari dari tarikh tamat perkhidmatan kakitangan. Permohonan yang dibuat melalui sistem terdahulu di HRonline adalah terbatal secara automatik dan pemohon perlu mmembuat permohonan semula menggunaan sistem baharu. Bersama ini disertakan Manual Pengguna untuk rujukan tuan/puan.
 
3. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kakitangan berikut:
 
a. Encik Ismail Ladama (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1444)
b. Puan Norfirdayu Ibrahim (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1523)
c. Cik Noridah Bitilis (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1088) - Teknikal Sistem
 
Perhatian tuan/puan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
 
Sekian dan terima kasih.