FUNGSI JABATAN

Pejabat utama yang membantu memudahkan segala urusan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sepertimana yang termaktub di dalam statut UMS.
Menyelaras dan mengkordinasi hubungan di antara Pejabat Naib Canselor dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dengan Pusat tanggungjawab, pemegang taruh serta masyarakat umum.
Membantu segala penyelarasan dan pemantauan berhubungkait dengan pelan strategik universiti.
Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).
Mengurus dan menyelaras permohonan kakitangan bertugas rasmi ke luar negara.
Mengurus dan menyelaras pelaksanaan mesyuarat strategik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor dengan pemegang taruh dalam dan luar universiti.
Mengurus dan menyelaras pelantikan jawatan pentadbiran dalam universiti.
Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran dan kewangan Pejabat Canselori.