Fakulti Psikologi dan
Kerja Sosial
Kenali Kami
PENGENALAN
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) yang ditubuhkan pada tahun 1997, komited untuk mendidik dan melahirkan para pelajar yang mempunyai pengetahuan yang luas serta kemahiran dalam bidang psikologi dan kerja sosial. Memandangkan kedua-dua disiplin, iaitu psikologi dan kerja sosial, ditempatkan di bawah satu naungan, kursus teras sekolah menjadi komponen penting dalam setiap program yang ditawarkan. Pendekatan ini jelas mencerminkan pendekatan multidisiplin yang diterapkan oleh sekolah. Pada bulan Jun 2016, SPKS telah digabungkan dengan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial dan dijenamakan semula sebagai Fakulti Psikologi dan Pendidikan.
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, yang ditubuhkan pada 1 September 2024, berperanan melahirkan tenaga profesional yang terlatih dan berpengetahuan dalam bidang pendidikan serta pembangunan insan bagi menangani isu tingkah laku dan masalah sosial. Bagi memenuhi keperluan serta cabaran abad ke-21 yang semakin kompleks, fakulti menggabungkan dan menyepadukan disiplin asas dalam bidang psikologi, kerja sosial dan kaunseling secara sinergi bagi melahirkan graduan yang berkemahiran serta kompeten.
Melalui gabungan kursus dan program pengajian yang bersesuaian dengan keperluan semasa, fakulti beraspirasi untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan kompeten serta mempunyai keseimbangan dari aspek intelektual, emosi dan spiritual. Graduan yang dilahirkan diharapkan dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap pembangunan modal insan dan kemajuan negara.
Matlamat ini selaras dengan aspirasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi bertaraf global yang cemerlang dalam bidang pendidikan, latihan dan penyelidikan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, semua pihak yang diamanahkan perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, amanah dan dedikasi, berlandaskan budaya kerja yang cemerlang.
VISI
Memperkasa minda, membentuk masa depan psikologi, kaunseling dan kerja sosial melalui penyelidikan yang inovatif, pembelajaran yang dinamik serta impak bertaraf global.
MISSION
- Melahirkan ahli psikologi, kaunselor dan pekerja sosial yang terlatih serta diiktiraf, yang mampu memberikan impak yang signifikan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
- Membudayakan kecemerlangan akademik yang berteraskan kreativiti, penerokaan intelektual dan penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar serta staf akademik.
- Memacu budaya penyelidikan yang inovatif, relevan dengan keperluan masyarakat dan negara serta menyumbang kepada pembangunan tamadun sains.
- Menjadi sebuah institusi yang peka dan responsif terhadap kepelbagaian masyarakat, khususnya di Sabah.
MOTO
Through Knowledge Comes Wisdom
Melalui Ilmu, Terbina Kebijaksanaan