Kedekanan

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial

Image

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Sebagai sebuah fakulti yang menghimpunkan bidang psikologi, kaunseling dan kerja sosial, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti, memperkasa penyelidikan serta melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti.

Fakulti sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik, inklusif dan berorientasikan masa hadapan. Kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar proses memperoleh pengetahuan, tetapi merupakan wahana untuk membentuk pemikiran kritis, nilai kemanusiaan, kemahiran profesional dan keupayaan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Selaras dengan aspirasi Universiti Malaysia Sabah, fakulti turut memberi penekanan kepada penyelidikan dan inovasi yang relevan dengan keperluan masyarakat, khususnya dalam konteks kepelbagaian dan keunikan komuniti di Sabah. Kerjasama strategik dengan pelbagai pihak akan terus diperkukuh bagi memperluas impak akademik dan profesional fakulti di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.

Kami mengalu-alukan semua pihak untuk meneroka laman sesawang ini dan mendapatkan maklumat berkaitan program akademik, penyelidikan, kepakaran, perkhidmatan serta aktiviti fakulti.

Melalui ilmu, terbina kebijaksanaan.

Sekian, terima kasih.

Dekan
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah

PROFESSOR DR. MOHD. DAHLAN HJ. A. MALEK

Dekan

Barisan Timbalan Dekan
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial

PROFESSOR DR. CHUA BEE SEOK
PROFESSOR DR. CHUA BEE SEOKTimbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)
PROFESOR MADYA DR. MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARI
PROFESOR MADYA DR. MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARITimbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa)
PROFESOR MADYA DR. PETER VOO SU KIONG
PROFESOR MADYA DR. PETER VOO SU KIONGTimbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)