PENGENALAN

BICARA BUDAYA
BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, UMS

Salam sejahtera dan salam 1 budaya

Selamat datang ke laman rasmi Bahagian Kebudayaan dan Kesenian (BKK), Universiti Malaysia Sabah. Laman ini diharap menjadi saluran penyebaran utama informasi terkini mengenai aktiviti, keperluan, kemudahan dan info terkini BKK bagi penggiat serta pencinta seni dan budaya masyarakat dikampus khsusunya di UMS. Laman ini adalah merupakan salah satu aspek dalam konteks sebuah organisasi yang berteraskan kebudayaan dan kesenian di UMS. BKK juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyertai dan menyebarkan perkembangan teknologi maklumat tentang seni budaya dan seterusnya memanfaatkan kemajuan teknologi ini kepada golongan sasarnya iaitu pelajar UMS. Dengan cara ini, ia secara langsung dapat meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan organisasi di BKK dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Bahagian Kebudayaan dan Kesenian ini diwujudkan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang holistik, bukan sahaja dari segi akademik namun dari segi bakat yang dimiliki dan kemahiran insaniah seperti Kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerjasama berpasukan, berfikir dan menyelesaikan masalah, etika dan sosial dan tidak lupa juga keusahawanan.

Secara tidak langsung, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dibawah BKK sendiri dan dibawah kelab-kelab seni dan budaya yang berada dibawah bimbingan BKK. Fungsi BKK ditubuhkan juga adalah jelas bagi mengembangkan bakat-bakat pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Laman BKK ini tentunya selari dengan hasrat penggiat seni di Malaysia dan UMS adalah untuk memartabatkan seni budaya diserat dunia bukan sahaja di Sabah dan Malaysia namun di luar negara juga.

Selamat mengunjungi laman web kami.

FUNGSI

Memantapkan usaha, memelihara, mengembang dan menyemarakkan seni budaya warisan bangsa  

Berusaha meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan bangsa dan budaya  

Menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya  

Menyokong pertumbuhan pelancongan negara melalui aktiviti seni dan budaya  

Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan program bimbingan seni kolej kediaman dan budaya serta pelaksanaan aktiviti Kelab Kesenian iaitu penubuhan dan pembangunan  

Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti kerjasama berkaitan seni dan budaya MAKUM dan IPT

Sektor Kecemerlangan Seni Budaya

Sektor Pembangunan Seni Budaya

FUNGSI

Membantu merancang, merangka dan memperkasa dasar seni, budaya dan warisan berteraskan kebudayaan diUMS
• Mengadakan dan melaksanakan bengkel-bengkel kebudayaan seperti tarian, nyanyian dan lakonan
Membangun, memantau dan memperluaskan seni, budaya dan warisan ke peringkat yang tinggi
• Menyediakan dokumentasi mengenai adat, seni dan budaya contohnya (makanan tradisi, busana dan adat istiadat perkahwinan)  
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar terhadap seni budaya dan warisan kearah perpaduan khususnya di UMS
• Membuat publisiti atau maklumat/info berkaitan seni dan budaya  
Khidmat nasihat berkaitan bidang dan pelaksanaan aktiviti kesenian kepada pelajar

FUNGSI

Membantu merancang pelaksanaan dan pemantauan pelbagai aktiviti seni persembahan, dan pertandigan melalui
• Pencungkilan Bakat, Santai Seni, Pengembangan dan penggalakkan  
Melatih dan memantau setiap sesi latihan berkaitan kesenian dan kebudayaan
Meningkatan kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap kesenian negara.
• Membantu menyelaras dalam menganjurkan aktiviti/program  
Membantu dan menyelaras dalam mengendalikan aktiviti kelab kebudayaan UMS   
Menggalakkan mahasiswa menceburi dalam bidang seni seperti seni
• Persembahan, Bahasa dan kesusasteraan.  
Menggalakkan mahasiswa menceburi dalam bidang seni seperti seni
• Persembahan, Bahasa dan kesusasteraan.  






CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN KEBUDAYAAN & KESENIAN

ALAN JAMES

KETUA 
BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (B44)

NORAIN ABD RAZAK

ARTIS BUDAYA KANAN (B30)

RESTY CINDY ONY MADIS

ARTIS BUDAYA (B29)

NORHANA NORDIN

AHMAD RAFIANDIE AWANG AHMAD