Piagam Pelanggan

Berikut merupakan piagam pelanggan bagi Jabatan Hal Ehwal Pelajar :

1. Mengeluarkan Surat Kelulusan Aktiviti Pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari masa bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Aktiviti Pelajar / pengesahan secara pentadbiran oleh Timbalan Naib Canselor HEPA;

2. Memproses permohonan bantuan kebajikan dalam tempoh tujuh (7) hari masa bekerja selepas tarikh permohonan diterima;

3. Menetapkan janji temu sesi kaunseling serta kesediaan Pegawai Psikologi untuk mengendalikan sesi kaunseling dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

4. Memberi maklumbalas permohonan kenderaan HEP dalam tempoh tiga (3) hari masa bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Dasar Kualiti

Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertekad untuk menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan latihan yang memenuhi kepuasan pelanggan dalam proses pembangunan mahasiswa bagi merealisasikan visi dan misi Universiti dengan penambahbaikan berterusan serta memenuhi peraturan berkanun.

Kongsi artikel ini:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Bangunan Anjung Siswa, , Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.
088-320000 (Ext : 4219 / 4175)
088 - 320060
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
@jhepumsofficial