PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP)

KPI 1: Permohonan RMK

Memastikan 100% permohonan RMK yang diterima pada tahun semasa daripada JAFPIB yang mematuhi Tatacara Pengurusan Dan Proses Permohonan Projek/Pembinaan Baharu/Naiktaraf Melalui Peruntukan DE RMK dimajukan ke Mesyuarat JPU.

KPI 2: Permohonan Naiktaraf dan Ubahsuai

Memastikan 100% penyediaan spesikasi teknikal dimuktamadkan dalam tempoh 14 hari selepas surat permohonan kelulusan peruntukan diterima

KPI 3: Permohonan Baharu

Memastikan 100% penyediaan spesikasi teknikal dimuktamadkan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas surat permohonan kelulusan peruntukan diterima

KPI 4: Aduan Selesai

Memastikan sekurang-kurangnya 90% aduan dan permohonan melalui Sistem Pengurusan Aduan diselesaikan pada tahun semasa

KPI 5: Penjanaan Pendapatan

Memastikan penjanaan sumber kewangan sebanyak RM5,000.00 setahun 

KPI 6: Permohonan Perolehan

Memastikan 100% permohonan perolehan yang lengkap dan diterima dalam tempoh takwim perolehan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari 

KPI 7: Kontrak Perkhidmatan Bermasa

Memastikan 95% proses perolehan bagi lantikan baharu/lanjutan Kontrak Perkhidmatan Bermasa dibuat dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak

KPI 8: Anggaran Kos

Memastikan 90% anggaran kos diserahkan dalam tempoh sembilan (9) hari kepada pihak pemohon setelah dokumen spesifikasi yang lengkap diterima daripada Ketua Projek

KPI 9: Laporan Bulanan Sistem Pengurusan Aduan

Memastikan 100% laporan bulanan Sistem Pengurusan Aduan dikeluarkan sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan

KPI 10: Kepuasan Pelanggan

Memastikan 80% kepuasan pelanggan pada skala baik dan cemerlang

KPI 11: Tempahan Kenderaan

Memastikan 95% permohonan tempahan kenderaan yang melibatkan aktiviti P&P diluluskan

KPI 12: Keterlihatan

Memastikan sekurang-kurangnya 1200 aduan kerosakan setahun dilaporkan oleh staf teknikal JPP

KPI 13: Operasi Bas

Memastikan 80% bas JPP beroperasi setiap bulan