Dato' Sri Najib Razak

Biografi Dato’ Seri Najib Razak

1953
  • Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang. Anak sulung kepada Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2) dan anak saudara Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ke-3).
  • Memegang gelaran warisan Orang Kaya Indera Shahbandar (Empat Bangsawan Pahang).
1953
1970-an
  • Mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Malvern College (England), dan Universiti Nottingham (Ijazah Ekonomi Perindustrian, 1974).
  • Berkhidmat di Bank Negara Malaysia dan Petronas sebagai pengurus hal ehwal awam.
1970-an
1976
  • Dipilih sebagai Ahli Parlimen Pekan pada usia 23 tahun tanpa bertanding selepas kematian bapanya.
  • Berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (dikurniakan 3 cahaya mata).
  • Dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pekan dan Exco Pemuda UMNO.
1976
1978
  • Dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada usia 25 tahun, menjadi timbalan menteri termuda negara.
1978
1981 – 1982
  • Dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO (1981) dan Naib Presiden Pemuda UMNO (1982).
  • Dilantik sebagai Menteri Besar Pahang (1982–1986) pada usia 29 tahun, MB termuda di negeri tersebut.
1981 – 1982
1986 – 1988
  • Dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1986) dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara (1988).
  • Berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 1987 (dikurniakan 2 cahaya mata).
  • Dilantik sebagai Presiden Pemuda UMNO pada tahun 1988.
1986 – 1988
1990-an – 2004
  • Memegang pelbagai portfolio kabinet termasuk Menteri Pertahanan dan Menteri Pendidikan.
  • Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1993, 1996, dan 2004.
  • Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi (2004).
1990-an – 2004
2009 – 2013
  • Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada tahun 2009.
  • Merangka Model Ekonomi Baru (NEM) serta membatalkan peraturan 30% pemilikan Melayu dalam syarikat.
  • Memimpin Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013.
2009 – 2013
2018
  • Meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional pada 12 Mei 2018 berikutan kekalahan BN dalam PRU-14.
2018
Rujukan: Diperolehi daripada Al-Jazeera, Wikipedia, Britannica.com, dan thefamouspeople.com

Timeline Dato' Sri Najib Razak

3 April 2009
  • Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
3 April 2009
2009
  • Memperkenalkan konsep 1Malaysia untuk memupuk perpaduan nasional.
2009
2010
  • Melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk memperkukuh ekonomi dan perkhidmatan awam.
2010
2013
  • Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum ke-13, namun dengan majoriti yang berkurangan.
2013
2015
  • Terpalit kontroversi berkaitan dana 1MDB yang mencetuskan siasatan antarabangsa.
2015
2018
  • Tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kepada Pakatan Harapan. Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri ke-7.
2018