Tan Sri Muhyiddin Yassin
Biografi Tan Sri Muhyiddin Yassin
1947
- Dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor. Anak kepada ulama tempatan Haji Muhammad Yassin bin Muhammad (keturunan Bugis) dan Hajjah Khadijah binti Kassim (keturunan Jawa).
- Mendapat pendidikan di SK Maharani, SK Ismail, dan High School Muar.
1947
1971 – 1976
- 1971: Graduan Universiti Malaya (Sarjana Muda Ekonomi & Pengajian Melayu). Menyertai perkhidmatan awam Johor dan mendaftar ahli UMNO Bahagian Pagoh.
- 1974: Dilantik Penolong Pegawai Daerah (ADO) Muar sebelum berkhidmat di PKENJ.
- 1976: Dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dan Setiausaha Pemuda UMNO Johor.
1971 – 1976
1978 – 1986
- 1978: Memenangi kerusi Parlimen Pagoh dan dilantik Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri.
- Berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
- 1984: Dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh menggantikan Tan Sri Othman Saat.
- 13 Ogos 1986: Bertanding di DUN Bukit Serampang dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor sehingga 1995.
1978 – 1986
1995 – 2008
- Kembali bertanding dan mempertahankan Parlimen Pagoh pada PRU 1995.
- Memegang pelbagai portfolio Menteri Persekutuan: Belia dan Sukan (1995–1999), Perdagangan Dalam Negeri (1999–2004), Pertanian & Industri Asas Tani (2004–2008), serta MITI (2008–2009).
- 2008: Dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO.
1995 – 2008
2009 – 2015
- 9 April 2009: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan di bawah pentadbiran Dato' Sri Najib Razak.
- Sebagai Menteri Pendidikan, beliau memansuhkan PPSMI dan mengembalikan pengajaran Matematik & Sains ke dalam Bahasa Melayu/Ibunda (MBMMBI).
- 28 Julai 2015: Digugurkan daripada jawatan TPM selepas mengkritik secara terbuka pengendalian isu 1MDB.
2009 – 2015
2016 – 2018
- Jun 2016: Dipecat daripada UMNO.
- Ogos 2016: Menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dilantik sebagai Presiden Parti.
- 2018: Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta memulih daripada pembedahan tumor pankreas di Singapura.
2016 – 2018
2020 – 2021
- 1 Mac 2020: Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir. Memimpin negara mendepani pandemik COVID-19.
- 16 Ogos 2021: Meletakkan jawatan selepas 17 bulan berkhidmat susulan kehilangan sokongan majoriti.
2020 – 2021
2022
- Memimpin Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 dan memenangi 74 kerusi Parlimen.
- Berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undi (keseluruhan 24,986 undi).
2022
Rujukan:
Perdana Leadership Foundation. (n.d.). Tan Sri Mahiaddin Yasin Biografi.
https://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tan-sri-mahiaddin-yasin-biografi/
https://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tan-sri-mahiaddin-yasin-biografi/