Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Biografi Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
1960
- Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960.
- Pendidikan: SK Bangau (1967), SMK Air Putih (1973), SM Teknik Kuantan, Jaya Akademik (Tingkatan 6), dan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang - LLB).
1960
1985 – 1987
- 1985: Memulakan kerjaya sebagai peguam pada usia 25 tahun.
- 1987: Dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh.
1985 – 1987
1988 – 1996
- 1988: Dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh.
- 1993: Naik pangkat menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh.
- 1995: Dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Datuk Sabbaruddin Chik), Ahli Lembaga Pengarah DARA, serta Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
- 1996: Dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Temerloh.
1988 – 1996
2001 – 2004
- 2001: Dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh.
- 2004: Dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera. Sebelum memasuki Parlimen, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Kompleks Sukan Negara.
- Dipilih ke Parlimen pada PRU-11, menjadi Ahli Parlimen pertama bagi kerusi baharu Bera.
2001 – 2004
2008 – 2018
- 2008–2009: Dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
- 2009–2013: Dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak.
- 2013–2015: Berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
- 2015–2018: Berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
2008 – 2018
2020 – 2021
- Mac 2020: Dilantik sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) & Menteri Pertahanan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
- Julai 2021: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sambil mengekalkan portfolio Menteri Pertahanan (berkhidmat selama 40 hari).
- 21 Ogos 2021: Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 selepas menerima sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen. Beliau memperkenalkan gagasan 'Keluarga Malaysia'.
2020 – 2021
2022
- 24 September 2022: Mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama berucap dalam Bahasa Melayu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Beliau juga mencadangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN.
- 10 Oktober 2022: Mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.
- PRU-15: Mempertahankan kerusi Parlimen Bera untuk penggal ke-5 dengan majoriti 16,695 undi. Memimpin Barisan Nasional menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di bawah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
2022
Rujukan:
Perdana Leadership Foundation. (n.d.). Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Biografi.
https://www.perdana.org.my/dato-sri-ismail-sabri-yaakob-biografi/
https://www.perdana.org.my/dato-sri-ismail-sabri-yaakob-biografi/