Dato Seri Anwar Ibrahim

Biografi Dato' Seri Anwar Ibrahim

1947
  • Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
1947
1950-an – 1960-an
  • Mendapat pendidikan awal di Bukit Mertajam Boys School, kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
1950-an – 1960-an
1968
  • Melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Pengajian Melayu dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A. Hons).
1968
1971 – 1972
  • 1971: Mengasaskan Yayasan Anda Akademik (YAA) dan mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
  • 1972: Pengasas & Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta dilantik sebagai Presiden ABIM pertama.
1971 – 1972
1982
  • Memasuki arena politik tanah air dengan menyertai UMNO. Dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
1982
1983 – 1984
  • Dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
1983 – 1984
1984 – 1986
  • Dilantik menjawat jawatan Menteri Pertanian.
1984 – 1986
1986 – 1991
  • 1986–1991: Menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
  • 1989–1991: Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Presiden Persidangan Agung UNESCO.
1986 – 1991
1991 – 1998
  • 1991–1998: Dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia.
  • 1993: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
  • 1997–1998: Berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
1991 – 1998
2008 – 2015
  • Berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
2008 – 2015
2019 – 2022
  • 2019: Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Center for Islam in the Contemporary World (CICW).
  • 2020–2022: Berkhidmat semula sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
2019 – 2022
24 Nov 2022
  • Mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10; berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
24 Nov 2022
Kini
  • Pengasas dan Pengerusi Emeritus International Institute of Islamic Thought (IIIT).
  • Menerajui Kerajaan Perpaduan dengan mengemukakan gagasan Malaysia MADANI yang berteraskan keadilan, ketelusan, perpaduan, dan reformasi pentadbiran.
Kini

Timeline Dato Seri Anwar Ibrahim

1947
  • Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
1947
1950–1960an (awal)
  • Pendidikan awal di Sekolah Rendah Cherok Tok Kun dan Sekolah Menengah Stowell, Bukit Mertajam. Dasar Malaysia Incorporated. Pelancaran projek industri berat termasuk Proton.
1950–1960an (awal)
1967
  • Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dalam bidang Pengajian Melayu.
1967
1971
  • Menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
1971
1982
  • Menyertai UMNO atas jemputan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
1982
1983
  • Dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan (jawatan Kabinet pertama).
1983
1986 – 1991
  • Dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
1986 – 1991
1991 – 1998
  • Dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia.
1991 – 1998
1993 – 1998
  • Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.
1993 – 1998
1997 (Mei–Julai)
  • Pemangku Perdana Menteri semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad bercuti.
1997 (Mei–Julai)
1998
  • Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri; mencetuskan gerakan Reformasi.
1998
1999 – 2004
  • Dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat.
1999 – 2004
2004
  • Dibebaskan dan sabitan sebelumnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.
2004
2008
  • Kembali ke arena politik sebagai Ketua Pembangkang.
2008
2015
  • Disabit kes liwat kali kedua dan dipenjarakan.
2015
2018 (Mei)
  • Pakatan Harapan menang PRU-14; dibebaskan melalui Pengampunan Diraja.
2018 (Mei)
2020 – 2022
  • Krisis politik; meneruskan kepimpinan Pakatan Harapan.
2020 – 2022
2022 (19 November)
  • PRU-15 - Tiada parti/gabungan memperoleh majoriti mutlak.
19 Nov 2022
24 November 2022
  • Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
24 Nov 2022
2 Disember 2022
  • Mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan (PH, BN, GPS, dll).
2 Dis 2022
2023–kini
  • Melaksanakan dasar Malaysia Madani.
2023 – kini