Daripada sampel kepada solusi —
Terokai perkhidmatan makmal kami.
Menghubungkan sains, inovasi dan kecemerlangan dalam satu platform.
Jom level-up penyelidikan anda!
Peralatan Persediaan Makmal
Perkhidmatan persediaan peralatan makmal bagi sampel pepejal, cecair dan alam sekitar menggunakan pelbagai peralatan seperti freeze dryer, grinder, centrifuge, oven, rotary evaporator, shaker, sonicator, bioreactor, anaerobic chamber, autoclave dan Liquid Nitrogen Generator.
Makmal Mikrobiologi
3 makmal mikrobiologi lengkap yang khusus dalam ujian haiwan, bakteria dan kulat untuk penyelidikan dan analisis perubatan.
Pengimejan Mikro
Perkhidmatan analisis struktur molekul melibatkan kajian struktur ikatan, fungsi molekul serta pengenalpastian mineral baharu menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti 2D Fourier Transform Infrared Spectrometer (FTIR), Liquid Chromatography-Mass Spectrometer (LC-MS), Gas Chromatography-Mass Spectrometer (GC-MS), Ultraviolet Visible Spectrometer (UV-VIS) dan X-Ray Diffraction (XRD).
Analisis Unsur dan Permukaan
Perkhidmatan analisis bahan bukan organik melibatkan pengenalpastian fasa bahan, pencirian lapisan permukaan serta analisis unsur logam berat dan mineral menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti X-Ray Diffractometer (XRD), X-Ray Photoelectron Spectrometer (XPS), Field Emission Scanning Electron Microscope (FESEM), 3Flex Absorption Analyzer (BET Analyzer), Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometer (ICP-MS), Atomic Absorption Spectrometer (AAS) dan CHNS Elemental Analyzer.
Perincian Struktur Kimia
Perkhidmatan analisis struktur molekul merangkumi kajian struktur ikatan, fungsi molekul serta pengenalpastian mineral baharu menggunakan instrumen canggih seperti 2D Fourier Transform Infrared Spectrometer (FTIR), Liquid Chromatography-Mass Spectrometer (LC-MS), Gas Chromatography-Mass Spectrometer (GC-MS), Ultraviolet Visible Spectrometer (UV-VIS) dan X-Ray Diffraction (XRD).
Analisis Makanan
Perkhidmatan analisis kandungan nutrisi meliputi analisis protein, lemak, serat, vitamin dan mineral menggunakan peralatan khusus seperti Kjedahl Set, Fat Extraction & Analysis Set, Fiber Analyzer, High Performance Liquid Chromatography (HPLC), Liquid Chromatography-Mass Spectrometry (LC-MS) dan Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometry (ICP-MS).
Sains Hayat & Produk Semula Jadi
Perkhidmatan analisis kimia melibatkan analisis sampel meruap dan tidak meruap bagi bahan biokimia, organik dan bukan organik, penyelidikan penemuan ubat baharu serta analisis makanan, minuman, perisa, pewangi, warna dan komponen makanan menggunakan instrumen seperti Liquid Chromatography-Mass Spectrometer (LC-MS), Gas Chromatography-Mass Spectrometer (GC-MS), High Performance Liquid Chromatography (HPLC) dan High Performance Thin Layer Chromatography (HPTLC).
Ruang Makmal & Kemudahan Untuk Disewa
Anda dialu-alukan untuk menjalankan penyelidikan dan analisis anda sendiri di makmal kami. Makmal ini tersedia untuk digunakan dengan kadar sewaan yang berpatutan.
Sains. Teknologi. Inovasi. Semua dalam satu tempat 🔬
PIPS menawarkan perkhidmatan analisis dan instrumentasi berteknologi tinggi yang menyokong penyelidikan rentas disiplin secara lebih pantas, tepat dan efisien.
Capaian Perkhidmatan
Pengurusan Pelupusan Sisa Terjadual PIPS
Pengurusan sisa buangan terjadual PIPS - Sisa Kimia (12 April 2022-11 April 2025)
Pengurusan sisa buangan Klinikal berpusat di 5 FAPI (2024-2026)
Ruang Informasi

















