Perutusan Pengarah

PERUTUSAN PENGARAH

     Selamat datang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melawati web protal kami. Maklumat yang disediakan di sini bertujuan untuk mengetengahkan aspirasi dan peranan PKLI. Peranan utama kami adalah berfungsi sebagai pusat sehenti untuk inisiatif yang berkait dengan penglibatan dan kolaborasi UMS-Industri.

   Selaras dengan tujahan strategik yang dirangka oleh universiti, PKLI menumpukan aktiviti-aktiviti yang saling menguntungkan kepada UMS dan rakan kongsi dalam industri, dan juga komuniti tempatan.

     Dengan itu, keutamaan kami juga berfokus kepada sokongan hasil pembangunan nasional lestari dan kesejahteraan penduduk. Peranan kami adalah sinonim dengan komitmen universiti terhadap merapatkan ruang komunikasi antara akademik dan industri, dimana niat utama adalah untuk memastikan pembangunan lestari yang melibatkan semua pihak.

    Dalam ringkasan, peranan kami diarahkan kepada pencapaian impak lestari yang mampu meningkatkan tahap keperlihatan dan reputasi UMS (terutamanya berkait rapat dengan staf dan ahli pakar). Demikian mengukuhkan keyakinan pemegang saham industri terhadap keupayaan universiti; menaikkan pandangan positif dan sebagai pemboleh untuk mencapai aspirasi progresif universiti terhadap kecemerlangan dan kerelevan kepada masyarakat. PKLI komited sepenuhnya terhadap menyediakan platform yang berrmakna untuk penglibatan aktiviti-aktiviti dengan rakan kongsi strategik dan industri. Kami bangga menjadi komponen penting dalam usaha universiti untuk memastikan inisiatif-inisiatif kolaborasi lestari yang memberi impak kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

PROFESOR TS. DR. STEPHEN SIPAUT @ MOHD NASRI

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Pengarah PKLI

Get more info on COVID-19. #StaySafe