Program AIxChange

Program inimelibatkan ahli-ahli pengerusi dan ahli-ahli industri dalam perkongsian pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dan komuniti universiti di Malaysia. Ahli-ahli pengerusi komited sehingga 30 jam setahun untuk memberikan bimbingan kepada pelajar dan pensyarah, dan juga bimbingan kepada universiti terhadap perkara yang melibatkan perkembangan kurikulum dalam memastikan kerelevan industri. Program CEO@Faculty bermula pada tahun 2015 dengan 24 ahli-ahli pengerusi dan berkembang kepada 71 ahli-ahli pengerusi pada tahun 2019. Program ini merupakan inisiatif di bawah Malaysia Education Blueprint (Higher Education) – Shift Acquisition Talent Acquisition.

CEO@Faculty 1.0 direka untuk memperhebatkan penglibatan daripada sektor industri melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran daripada ahli-ahli pengerusi terpilih. “Learn from the Pro” menyediakan pelajar peluang untuk melibatkan diri dengan ahli-ahli pengerusi dimana mereka akan berkongsi pandangan dan penerokaan. Tambahan pula, program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui peningkatan pengalaman pembelajaran-pelajar dan pengurangan ketidaksamaan dalam penawaran dan permintaan.

CEO@Faculty 2.0 bertujuan untuk mendedahkan pensyarah universiti di bawah 40 tahun kepada sarjana kedoktoran mengenai asas dan operasi dalam industri. Program ini meraihkan pengarah-pengarah syarikat yang sukarela menyambut tugas sebagai pembimping pensyarah universiti muda untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Demikian itu, wujudnya slogan kata “Coached by the Pro”. Inisiatif ini diperkenalkan pada April 2017 dimana calon terpilih ditempatkan di ofis pengarah syarikat masing-masing. Pensyarah-pensyarah diberikan tugasan yang spesifik selama enam (6) bulan untuk menerapkan budaya korporat dalam mengurus syarikat yang berprofil tinggi.

AIXPERTmelibatkan ahli-ahli pengerusi dan ahli-ahli industri dalam perkongsian pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dan komuniti universiti di Malaysia. Ahli-ahli pengerusi komited sehingga 30 jam setahun untuk memberikan bimbingan kepada pelajar dan pensyarah, dan juga bimbingan kepada universiti terhadap perkara yang melibatkan perkembangan kurikulum dalam memastikan kerelevan industri. Program CEO@Faculty bermula pada tahun 2015 dengan 24 ahli-ahli pengerusi dan berkembang kepada 71 ahli-ahli pengerusi pada tahun 2019. Program ini merupakan inisiatif di bawah Malaysia Education Blueprint (Higher Education) – Shift Acquisition Talent Acquisition.

Get more info on COVID-19. #StaySafe