SELAMAT DATANG KE

Pusat Minda Lestari

Enroll Now

BERITA

AKTIVITI

INFOGRAFIK

IKUTI KAMI

Facebook

PRIVACY POLICY

Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88 400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel : (+6088) 320000 Ext: | Fax : (+6088) 320223 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Webmaster Best View 1366x768 | © Universiti Malaysia Sabah 2015

  • Last Modified: Tuesday 08 November 2022.

TENTANG KAMI

PENGENALAN

Perkhidmatan TADIKA di Universiti Malaysia Sabah bermula pada 2003 dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Kanak-Kanak (PEKA) yang dikelolakan oleh Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPSS). Pada tahun 2007, program TASKA dimulakan di bawah kelolaan Sekolah Psikologi dan Kerja SOsial (SPKS) dan Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA). Pada tahun yang sama, operasi TADIKA dan TASKA berpindah ke RUMAH Tamu UMS di Taman Perumahan Kingfisher. Pada tahun 2010, program TADIKA dan TASKA UMS telah digabungkan di bawah Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPK) UMS dan diletakkan di bawah seliaan Bahagian SUmber Manusia, Jabatan Pendaftar.Mulai 2 Januari 2014, operasi PPK UMS telah dipindahkan ke dalam kampus induk dan pada 12 Mac 2015, PPK UMS telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai PUSAT MINDA LESTARI Universiti Malaysia Sabah.

VISI

Pusat Minda Lestari (PML) menerajui kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak yang holistik.

MISI

Melestari dan mendukung pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu selari dengan piawaian pendidikan global untuk melahirkan insan yang seimbang menerusi kurikulum yang komprehnsif (inovatif, kreatif dan patriotik).

PERNYATAAN DASAR

PUSAT MINDAL LESTARI bertekad untuk menjadi sebuah pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang melalui:
1. Penyediaan infrastruktur yang kondusif dan menepati piawaian akta dan pearturan.

2. Pelaksanaan modul, salibus serta kurikulum yang komprehnsif dan terkini oleh tenaga pengajar yang kompeten dan terlatih.

3. Pelaksanaan program yang bersifat strategi lautan biru melalui perkongsian kepakaran dan sumber yang terdapat di dalam universiti dan juga melalui kerjasama dengan pihak luar.

4. Pengurusan, pentadbiran dan penjanaan kewangan secara efektif bagi membolehkan pusat ini menjalankan operasinya secara lestari.

Please publish modules in offcanvas position.