COMMERCIALISATION EVENTS

Seminar Pengkomersialan Hasil Penyelidikan Universiti: Peranan Pascasiswazah
Perasmian Seminar Pengkomersialan Hasil Penyelidikan Universiti: Peranan Pascasiswazah disempurnakan oleh Prof. Dr. Jidon @ Adrian Janaun, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, Universiti Malaysia Sabah.
Panel forum yang terdiri daripada En. Gesiri Gambung (Eternity Mode Sdn. Bhd.), Prof. Dr. Jidon@Adrian Janaun , Pengarah, Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, Pn. Uliantie Sarjuni, Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) dan moderator Prof. Madya Dr. Azaze @ Azizi bin Haji Abdul Adis, Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan.
Forum ini turut dihadiri oleh pihak industri luar seperti Pn. Florisa Sangau daripada Federation Of Malaysian Manufacturers (FMM), syarikat DrillTech Engineering Sdn. Bhd., Flamoff Industries (M) Sdn. Bhd., dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Cawangan Sabah.

INNOVATION EXHIBITION

Putrajaya Festival of Ideas 2024
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat maju jaya kepada dua (2) wakil UMS yang terpilih sebagai pempamer sempena Festival of Ideas (PFOI) 2024 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 27 hingga 29 November 2024.
Wakil Pempamer UMS:
▪ Dr. Norhayati Ayob (ASTiF)
▪ Dr. Junior Kimwah (ASTiF)
Semoga penyertaan ini menjadi platform untuk menyerlahkan inovasi, kreativiti, dan sumbangan UMS dalam menjana impak kepada masyarakat.
Pesta Buku Borneo 2024
Jom singgah ke reruai Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) - K05, yang terletak bersebelahan pentas utama di Pesta Buku Borneo dari 13 hingga 17 November 2024 di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu!
Apa yang menanti anda di sini?
✨ Produk inovasi terkini dan penuh kreativiti
✨ Pameran hasil karya pensyarah dan inovator berwibawa dari UMS
✨ Peluang eksklusif untuk mengenali PPIP dengan lebih mendalam
✨ Usaha mempromosikan nama dan jenama Universiti Malaysia Sabah (UMS)
✨ Menyemarakkan lagi identiti InI.UMS
Ayuh, datang beramai-ramai dan sokong inovasi tempatan bersama kami!

Our Social Media

Image