
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Universiti Malaysia Sabah membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS peringkat Sarjana Muda untuk menjalani Latihan Praktikal / Industri bagi tempoh 3 hingga 6 bulan. ✨ Bidang yang ditawarkan: Pentadbiran, Kewangan, Harta Intelek, Pengkomersialan, Perundingan, Pameran, Syarikat Start-Up/Spin-Off serta Web Master / IT. 📅 Tempoh kemasukan: April – Disember 2026 📧 Hantar resume dan sijil akademik ke: ppip@ums.edu.my 📞 Sebarang pertanyaan, hubungi: Cik Janealee Jonis (011-3147 0940) 💡 Rebut peluang untuk menimba pengalaman dan memperkasa kemahiran anda bersama kami!