Magnin Blog

Publish your news and thoughts with all.

Popular Articles

Recent Stories

Kakitangan UMSKAL Terima Sumbangan Ramadan

Kakitangan UMSKAL Terima Sumbangan Ramadan

24 MAC 2025 – Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2025 diadakan di Bilik Eureka Bangunan Menara, UMSKAL.
 
Sumbangan berupa wang tunai dan kurma disampaikan oleh Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.
 
Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.
 
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Psikologi UMS merangkap Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, Nur Iman Reedzal dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia UMSKAL, Mas Adi Alimin.
 
Ketua-ketua Sektor juga hadir memberikan sokongan moral.
 
Pada majlis itu, seramai 22 kakitangan menerima sumbangan berkenaan.
 
Penerima dipilih berdasarkan kriteria tertentu melalui Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia UMSKAL dan dana diperoleh daripada Tabung Amanah Penjanaan UMSKAL dan Tabung Masjid Al Hikmah UMSKAL.
 
Program ini mencerminkan keprihatinan warga kampus dalam menyemarakkan semangat kebersamaan sempena Ramadan.
 
Semoga sumbangan itu menceriakan kakitangan sempena Ramadan pada tahun ini.

Sesi Bersama Penilai Luar Memperkukuh Kualiti Program Akademik FKI

Sesi Bersama Penilai Luar Memperkukuh Kualiti Program Akademik FKI

Sesi Bersama Penilai Luar Memperkukuh Kualiti Program Akademik FKI

18 FEBRUARI 2025 - Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Sesi Bersama Penilai Luar dan Penasihat Luar Program Pascasiswazah.

Dekan FKI, UMS, Profesor Madya Ts Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi berkata sesi itu diadakan bagi memperkukuh kualiti program akademik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Sesi ini bertujuan mendapatkan input serta pandangan daripada Penilai Luar dan Penasihat Luar terhadap kurikulum program pascasiswazah yang ditawarkan oleh FKI.

Maklum balas yang diberikan amat penting dalam memastikan kesesuaian kurikulum program dengan keperluan industri, perkembangan pengetahuan dan teknologi semasa, serta standard program komputeran oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pihak FKI mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua penilai dan penasihat luar yang hadir untuk program sesi bersama penilai luar dan penasihat luar program pascasiswazah FKI.

Pihak Fakulti yakin kepakaran panel penasihat yang dilantik akan memberikan pandangan dan penasihatan yang akan dapat membantu Fakulti menambahbaik kandungan, perlaksanaan dan penyampaian program pengajian pascasiswazah Fakulti bagi memenuhi keperluan pemegangtaruh, terutamanya industri dan juga keleruan akreditasi daripada MQA.

Turut hadir Timbalan Dekan FKI, Dr, Noralisa Mohd Tuah yang menyampaikan pengenalan FKI.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Spectrum FKI dan Bilik Seminar Kiansam, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) itu dihadiri oleh staf akademik FKI, ahli Seksyen Pascasiswazah dan Antarabangsa FKI, alumni serta wakil industri dan pakar luar dalam bidang komputeran.

Mereka terdiri daripada Penasihat Luar Program Pascasiswazah Penyelidikan (Sains Komputer): [Industri] Danial Jumat (Managing Director, CWorks Sabah Sdn. Bhd.). [Akademik] Prof. Madya Dr. Ang Tan Fong (Universiti Malaya) dan [Alumni] Dr. Sumiati Suparmin (Kolej Vokasional Likas).

Penasihat Luar Program Pascasiswazah Kerja Kursus (Sains Komputer): [Industri] Mazrie Mahat (CEO, Synxsoft). [Akademik] Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli Mansor (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan [Alumni] Mohd Yeozree Izwan Jemil.

Sementara itu, Penilai Luar Program Pascasiswazah Penyelidikan (Teknologi Maklumat): Prof. Ts. Dr. Azham Hussain dari Universiti Utara Malaysia (UUM) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah, khususnya UMSKAL, atas layanan mesra serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi penilaian program pascasiswazah ini.

Beliau amat menghargai komitmen pihak universiti dalam memastikan kecemerlangan akademik dan kualiti pendidikan tinggi.

Hasil daripada perbincangan dan sesi yang telah diadakan, jelas bahawa UMSKAL memiliki potensi besar dalam memperkasa program pascasiswazah serta melahirkan graduan yang berdaya saing.

Saya berharap hubungan akademik dan kolaborasi antara UUM dan UMS akan terus kukuh demi manfaat bersama.

FKI Mantapkan Kolaborasi.

Pensyarah FKAL Tingkatkan Kemahiran Pengajaran

Pensyarah FKAL Tingkatkan Kemahiran Pengajaran

Seramai 10 orang pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Bengkel “Train-The-Trainers (TTT) HRD Corp Certified Course” pada 3 hingga 7 Februari 2025.

Bengkel lima hari itu dikendalikan oleh Dominic Jay Anak Donny Ruing daripada GEM Consultancy Sdn Bhd.

Penyelaras Program, Dr. Salumah Nain, berkata objektif utama bengkel itu adalah untuk meningkatkan kemahiran pengajaran kepada para pensyarah, memahami teori dan konsep berkaitan pembelajaran dewasa (Adult Learning Principles).

Beliau yang juga Penyelaras UMS Flexible Education Centre (UMSFLEC) FKAL berkata bengkel itu juga dapat menyediakan Rancangan Sesi Pengajaran (Competency Based training Program) yang kompeten kelak.

Dekan FKAL, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal merakamkan penghargaan kepada UMSFLEC atas inisiatif dan tajaan yang diberikan kepada pensyarah-pensyarah FKAL.

Beliau turut menyeru agar semua peserta terus menyumbang kepada pembangunan UMS dan masyarakat, khususnya di W.P. Labuan.

Pengiktirafan ke atas Dr Ricky Chia Chee Jiun, Dr. Nurshila Ahmad dan Samsulbahri Mohd Nasir yang dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik.

Manakala Dr. Jaludin Janteng, Dr. Haneffa Muchlis Gazali dan Dr. Salumah Nain menerima anugerah "Best Energizer" atas suntikan idea dan semangat yang membara sepanjang bengkel.

Turut menyertai bengkel itu ialah Dr Mohd Ashari Bakri, Dr Imran Mehboob Shaikh, Md Hafizi Ahsan dan Joehan Joehari William.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kewangan UMSFLEC, Zallifah Shadan, yang menyempurnakan majlis penutupan program itu mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya melepasi penilaian.

Beliau yakin bahawa mereka akan menjadi jurulatih terakreditasi UMS yang berdedikasi dalam bidang kepakaran masing-masing.

Zallifah juga percaya kumpulan ini berupaya menyumbang secara signifikan kepada kualiti latihan yang boleh ditawarkan oleh UMS sama ada kepada umum mahupun rakan kerjasama strategik selepas ini.

Bengkel ini bukan sahaja memberikan ilmu dan kemahiran yang berharga kepada para peserta, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama dan memupuk semangat kecemerlangan dalam kalangan pensyarah FKAL.

Semoga Bermanfaat.

Teks Ucapan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan

Teks Ucapan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan

Teks Ucapan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Haji Jamali Mohd Adnan mewakili Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.

Majlis Menandatangani MOU Antara PMWP Dengan UMS

4 FEBRUARI 2025
UMS Kota Kinabalu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan rahmatNya dapat kita bersama sama hari ini dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PMWP dan UMS.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan UMS untuk turut serta  dalam majlis yang penuh bersejarah ini.

Saya menyampaikan salam daripada Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof Madya Dr Luqman Haji Abdullah, yang tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana urusan penting di luar negara.

Sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam membantu dan menasihati Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hukum syarak seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 33,Akta 505 Akta Pentadbiran Undang Undang Islam Wilayah Persekutuan, 1993 kami merasa amat teruja dan berbangga dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan UMS Institusi Pengajian Tinggi Awam tersohor di Malaysia Timur yang ditubuhkan bagi meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama akademiknya bagi melengkapkan kecemerlangan pendidikannya.

Saya juga yakin MOU yang dimeterai selaras  demgan moto penubuhan PMWP yang ke-50 tahun bagi Mensyukuri Pencapaian Dan Melakar Kegemilangan.

Kerjasama antara kedua belah telah bermula pada tahun 2002 apabila stesen cerapan anak bulan bagi Wilayah Persekutuan Labuan berpindah dari Sekolah Menengah Sains Labuan ke Tingkat 13, Menara UMS, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
Pemilihan lokasi ini yang juga antara 29 lokasi melihat anak bulan seluruh negara yang diwartakan oleh Penyimpan Mohor Besar, Raja-raja Malaysia adalah kerana lokasi yang strategik dan bersesuaian dengan kriteria yang diperlukan selain berada di ketinggian 78.89 meter dari aras laut serta hadap laut yang tidak mempunyai sebarang gangguan cahaya.
Ia amat sesuai bagi kerja-kerja cerapan matahari dan bulan termasuk bagi cerapan hilal penentuan permulaan Ramadhan, Syawal dan penetapan awal bulan bulan dalam Islam.

Stesen cerapan ini telah membuat pencapaian  antaranya rekod  kenampakan anak bulan termuda dunia  di bawah umur 24 jam dan lokasi  anak bulan Syawal mula-mula kelihatan pada 2023 sehingga menimbulkan fenomena Raya Terkejut di seluruh negara.

Maka pada hari  yang penuh bersejarah ini kami ingin memuktamadkan kerjasama strategik khususnya dalam bidang penyelidikan  falak dan cerapan hilal dan penyelidikan dalam perbankan kewangan Islam yang sudah pasti membawa natijah manfaat bersama kepada kedua belah pihak serta masyarakat amnya.

Atas inisiatif ini juga bagi menyokong status Labuan sebagai hub kewangan Islam program-program keilmuan dan akademik seperti Executive On Islamic Banking Siri 1 telah diadakan pada 29 April 2024 yang akan diteruskan dengan siri berikutnya kepada pelajar UMS tetapi juga kepada pemain industri dalam bidang perbankan dan kewangan, syariah compliant dan seumpamanya.

PMWP telah menubuhkan lebih 55 Kelab Falak di sekolah-sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan bagi memberi kesedaran kepentingan ilmu falak dan astronomi.

Kerjasama dalam pelbagai bidang bersama dengan UMS akan terus diteroka bagi manfaat  bersama.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk UMS dan Jabatan Peguam Negara yang telah memberi nasihat teknikal sehingga MOU ini dapat dimaterai.

MoU itu ditandatangani Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi Dan Libatsama Industri, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut@Mohd Nasri, mewakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor dan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Haji Jamali Mohd Adnan mewakili Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.

Turut hadir Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Dr. Muhammad Suhaimi Taat dan Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Mohammad Tuah serta Penolong Mufti Kanan PMWP, Ahmad Noor Syaiful.

Tahniah Buat Semua.
Kredit Gambar PKK UMS.