HEBAHAN PROJEK “BOTTOM UP” INDUSTRI DAN KOMUNITI BAGI “ KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME” (KTP) PELAN ‘ROLLING” KELIMA FASA 3

 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT HUBUNGAN INDUSTRI, ARAS 1, BANGUNAN PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH
SUBJEK : HEBAHAN PROJEK “BOTTOM UP” INDUSTRI DAN KOMUNITI BAGI “ KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME” (KTP) PELAN ‘ROLLING” KELIMA FASA 3
PEGAWAI DIHUBUNGI :HAJAH DG. MAIMUNAH ADANAN / CIK NORLIE MAIL
SAMBUNGAN  :612 202/612 205

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Y.Brs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN PROJEK INDUSTRI DAN KOMUNITI BAGI “KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP)” PELAN “ROLLING” KELIMA FASA KETIGA

 

2.       Sebagai makluman Y.Brs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan, beberapa permohonan Skim Geran “Knowledge Transfer Programme (KTP)” Pelan “Rolling” Kelima Fasa Kedua yang berpotensi telah diperakukan bagi pelaksanaan pada tahun ini. Susulan daripada itu, terdapat keperluan bagi mewujudkan Projek Industri dan Komuniti Fasa Ketiga berdasarkan keperluan semasa dan perkembangan pendidikan tinggi masa kini.

3.  Sukacita, dengan ini dimaklumkan bahawa UMS  telah dipilih untuk menyertai projek ini. UMS diberi peluang untuk menghantar dua (2) permohonan Projek  Industri dan satu (1) permohonan Projek Komuniti terpilih yang mencerminkan kekuatan UMS.

4.  Permohonan-permohonan yang ingin dihantar perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan dan menggunakan borang permohonan “Version” 4.0. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke urusetia KTP sebelum atau pada 28 Oktober 2015(Rabu).

 

Bersama ini dilampirkan carta alir proses permohonan Skim Geran “Knowledge Transfer Programme (KTP)” Pelan “Rolling” Kelima Fasa Ketiga untuk perhatian pihak Y.Brs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan.

Segala kerjasama dan perhatian Y.Brs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami di sambungan 612 202/612 205 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian ,terima kasih.

 

Lampiran:

  1. Carta alir permohonan dan timeline.pdf
  2. Garis Panduan KTP Industri Versi 3.0 pdf
  3. Garis Panduan KTP Komuniti Versi 3.0 pdf
  4. KTP COMMUNITY APPLICATION FOM 4.0 VERSION
  5. KTP INDUSTRY APPLICATION FORM 4.0 VERSION