Tuberculosis Research Unit


Unit Penyelidikan Tibi

Unit Penyelidikan Tibi, UMS telah ditubuhkan pada 23 Julai 2012. Tujuan utama penubuhan ini adalah untuk melaksanakan penyelidikan penyakit Tibi (Batuk Kering) dan menyediakn perkhidmatan klinikal ( klinik dan makmal) untuk pesakit Tibi. Dengan demikian dapat mengurangkan kes penyakit Tibi dan komplikasinya serta mengawal kes kerintangan ubat Tibi.

Visi
Unit Penyelidikan TIbi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berazam untuk menjadi sebuah unit yang bukan sahaja mampu menjalankan penyelidikan terhadap penyakit Tibi malah boleh menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit Tibi.

Misi
Unit Penyelidikan Tibi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS komited untuk mencapai kecemerlangan dalam menyediakan infrastruktur penyelidikan penyakit Tibi dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit Tibi.

Objektif Unit

1. Ke arah mengukuhkan sistem kesihatan dengan cara :-
  1.1 Menyediakan Kemudahan Klinikal
  1.2 Menjalankan Operasi Penyelidikan
2. Ke arah meningkatkan penjagaan pesakit di sabah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan rawatan TB termasuk kes-kes di kawasan yang mempunyai sumber yang terhad serta kawasan pendalaman melalui penubuhan klinik Tibi dengan sebuah organisasi Korea Selatan “Zero TB World (ZTBW)” untuk mewujudkan kemudahan kesihatan di kawasan-kawasan sasaran.
4. Menjalankan kaji selidik keatas kerintangan ubat anti- TB
5. Meningkatkan kemudahan makmal di UMS dengan pengkulturan dan ujian sensitiviti untuk Mycobacterium tuberculosis serta jaminan kualiti (QA) yang diiktiraf.
6. Meningkatkan pengawasan berkomputer (peningkatan komponen DOTS) dan mengukuhkan sistem pemantauan dan penilaian.
7. Mengadakan kerjasama dengan organisasi tempatan, serantau dan antarabangsa dengan tujuan mengawal batuk kering.
8. Ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (Millenium Development Goals (MDG) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (pengurangan kepada separuh frekuensi kes batuk kering menjelang tahun 2015), dengan sokongan dari perbadanan antarabangsa seperti (Zero TB World) ZTBW.
9. Menyediakan latihan untuk kakitangan klinikal.
10. Menginovasi kaedah yang sesuai bagi penyediaan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

 


Contact Info

Unit Penyelidikan Tuberkulosis
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu Sabah

Tel : 088-320 000 Samb: 611422/611029/611032
Fax : 088-321373/321377


Klinik Tuberkulosis
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Malaysia Sabah
P.O Box 787, 89057 Sikuati, Kudat, Sabah

Tel: 088-320 000 Samb : 611601
Fax : 088-612463


 

FOLLOW US @

QUICK LINKS

  •  Staff Directory
  • Expertise Directory
  • Staff Portal
  •  Student Portal
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Space Reservation

OTHER LINKS

  •  UMS Map
  • Open Data
  • Sabah State Government Portal
  • Minister of Higher Education (MOHE)
  • MAMPU
  • MyGovernment Portal (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.